Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •Cara Jadi Guru Tuisyen Online Di Malaysia 2026: Platform, Kadar Bayaran & Tips Jana Income Dari Rumah •Nak Jadi Pro Dalam Social Media Marketing 2026? Ini Kemahiran Wajib Anda Kena Kuasai •Kereta Dihempap Pokok Tumbang? Ini Cara Buat Tuntutan Ganti Rugi Kepada PBT, JKR Atau Lebuhraya • Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •Cara Jadi Guru Tuisyen Online Di Malaysia 2026: Platform, Kadar Bayaran & Tips Jana Income Dari Rumah •Nak Jadi Pro Dalam Social Media Marketing 2026? Ini Kemahiran Wajib Anda Kena Kuasai •Kereta Dihempap Pokok Tumbang? Ini Cara Buat Tuntutan Ganti Rugi Kepada PBT, JKR Atau Lebuhraya •

Contoh Jawapan Soalan Temuduga “Expected Salary” Sesuai Dengan Kelayakan

Oleh Cikgu Shaari • November 4, 2022 • 2 min baca

Contoh Jawapan Soalan Temuduga “Expected Salary” Sesuai Dengan Kelayakan
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Jangan terlalu gopoh untuk jawab temuduga sekiranya anda disoal tentang jumlah gaji yang diingini. Hal ini adalah kerana soalan ini antara soalan ‘tricky’ ataupun perangkap daripada penemuduga.

Walaupun penemuduga pasti akan tanya soalan ini, tetapi sebenarnya soalan berkaitan jumlah gaji adalah salah satu soalan yang tidak elok dibincang semasa temuduga. Jika ditanya, pastikan anda jawap ikut Tips Jawab Soalan Expected Salary dan guna jawapan yang sesuai.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui contoh jawapan yang sesuai digunakan semasa menjawab soalan ini.

JAWAPAN UNTUK SOALAN “EXPECTED SALARY”

Fresh Graduate

Bagi graduan yang masih belum pernah bekerja, dan tiada pengalaman kerja, anda dinasihatkan untuk tidak ‘demand’ gaji dan pastikan expected salary yang diletak adalah sesuai dengan kelayakan anda. Berikut adalah contoh jawapan yang boleh anda gunakan:

” Kerana saya merupakan fesh graduates yang belum memiliki banyak pengalaman dalam pekerjaan, namun sudah pernah melakukan internship sebelum ini, jadi saya mempunyai sedikit pengalaman bekerja dalam bidang ini. Saya menjangkakan gaji saya sebanyak ______”

Tiada Pengalaman, Tetapi Ada “Skills”

Tiada pengalaman kerja, tetapi pernah terima penghargaan yang cukup memuaskan dan kemahiran yang mencukupi untuk buat kerja, anda boleh “demand” gaji sedikit berbanding fresh graduates. Namun pastikan penghargaan yang anda ada adalah sesuai dengan bidang kerja diminta.

Berikut adalah contoh jawapan yang boleh anda gunakan:

“Walaupun saya belum memiliki pengalaman bekerja sebelum ini, tetapi dengan penghargaan yang pernah saya raih dan kemahiran yang saya ada, saya menjangkakan gaji saya ________”

Ada Pengalaman Kerja

Jika anda ada pengalaman kerja lebih 2 tahun anda bolehlah demand gaji sedikit kerana pengalaman adalah senjata yang paling mahal! Ceritakan sedikit pengalaman anda bekerja dan kemahiran yang anda ada dalam sesuatu bidang. Lebih baik prestasi anda bekerja di syarikat lama, lebih mudah anda diterima bekerja.

Berikut adalah contoh jawapan yang boleh anda gunakan:

“Dengan kemampuan, pengalaman dan prestasi yang saya miliki, saya menjangkakan gaji saya sebanyak ________”

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menjawab soalan jika ditanya berkenaan jangkaan gaji semasa temuduga. Jangan tersilap jawab dan pastikan gaji yang dianggarkan sesuai dengan kelayakan anda.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.