Panduan Tempahan Janji Temu Perkhidmatan Kesihatan Primer Melalui MySejahtera
Fungsi Janji Temu dilancarkan dalam aplikasi MySejahtera dan boleh digunakan bermula 6 September 2022. Fungsi ini membolehkan pengguna aplikasi MySejahtera menempah janji temu bagi perkhidmatan di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Rugilah rakyat Malaysia yang mengabaikan kemudahan yang disediakan ini!
Ramai tak tahu terdapat pelbagai perkhidmatan kesihatan yang boleh ditempah melalui fungsi MySejahtera. Fungsi Janji Temu ini boleh digunakan oleh kesemua pengguna aplikasi MySejahtera yang berumur 18 tahun dan ke atas termasuk tanggungan mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut fungsi temujanji MySejahtera dan panduan buat temu janji.
Isi Kandungan
JENIS PERKHIDMATAN DISEDIAKAN
Setakat ini jenis perkhidmatan yang disediakan adalah:
- Rawatan Pesakit Luar
- Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (National Health Screening Initiative)
- Saringan Kesihatan PeKa B40
- Pemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan/Pengajian
- Saringan Pra-Perkahwinan
- Khidmat Berhenti Merokok
- Perkhidmatan Perancang Keluarga
- Prosedur
SLOT TARIKH & MASA JANJI TEMU
Pelanggan boleh menempah slot janji temu di mana-mana fasiliti kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia berdasarkan perkhidmatan yang diberikan.
Slot tarikh dan masa janji temu bergantung kepada fasiliti kesihatan yang terlibat. Pelanggan boleh semak dan memilih slot janji temu yang dibuka oleh fasiliti kesihatan berdekatan jika terdapat pilihan tarikh dan masa yang sesuai.
Anda boleh membatal janji temu anda pada bila-bila masa sahaja jika perlu. Slot anda akan dipadamkan dan anda boleh membuat tempahan baru serta merta jika perlu.
Anda akan diberi makluman daripada fasiliti kesihatan sekiranya janji temu anda telah dibatalkan. Makluman melalui notifikasi atas talian di dalam aplikasi juga akan diberikan kepada pelanggan yang dibatalkan tempahan janji temu mereka.
PANDUAN BUAT JANJI TEMU PERKHIDMATAN KESIHATAN
Pengguna aplikasi MySejahtera hanya boleh menempah SATU(1) slot janji temu untuk SATU (1) jenis perkhidmatan pada satu masa SAHAJA. Untuk menempah janji temu yang baru, pengguna perlu menekan butang “Batal” atau “Menjadualkan Semula”.
Berikut adalah panduan buat janji temu perkhidmatan kesihatan melalui MySejahtera:
Anda perlu membawa kad pengenalan MyKAD/Pasport anda untuk tujuan pengesahan bersama segala dokumen perubatan dan peribadi yang penting dan yang berkaitan (sekiranya perlu) ketika menghadiri sesi janji temu.
Sekiranya anda hadir untuk saringan kesihatan, sila bawa bersama borang saringan yang berkaitan (sekiranya ada). Sila pastikan aplikasi MySejahtera anda telah dikemaskini termasuk segala butiran yang penting bagi melancarkan proses pendaftaran kehadiran dan pengesahan.