Cara Buat Janji Temu Online Untuk Urusan Di KWSP. Tak Perlu Beratur Panjang Lagi
Sekiranya anda ingin berurusan di kaunter KWSP, anda disarankan untuk membuat janji temu secara online terlebih dahulu.
Mulai 01 Julai 2020, Kaunter Perkhidmatan KWSP beroperasi sepenuhnya berkonsepkan janji temu menggunakan konsep janji temu yang boleh dipohon secara talian menerusi Janji Temu Online. Hanya ahli yang membuat Janji temu online sahaja dapat berurusan di kaunter KWSP.
Berikut adalah panduan membuat janji temu online KWSP bagi berurusan di KWSP.
Isi Kandungan
GARIS PANDUAN JANJI TEMU ONLINE
Berikut adalah garis panduan untuk Janji Temu Online:
- Ahli hanya boleh hadir di cawangan dengan membuat janji temu melalui saluran Janji Temu Online di pautan www.kwsp.gov.my
- Semua ahli mesti menjalani pemeriksaan suhu dan mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis cawangan
- Semua ahli dikehendaki mematuhi langkah-langkah penjarakan sosial yang ditetapkan pada setiap masa ketika berada di dalam premis cawangan
- Majikan tidak dibenarkan mengunjungi cawangan kerana semua perkhidmatan boleh dilaksanakan dengan menghubungi pegawai Khidmat Nasihat Majikan masing-masing
CARA BUAT JANJI TEMU ONLINE URUSAN KWSP
Berikut adalah panduan membuat janji temu online untuk urusan di KWSP:
- Pergi ke pautan kwsp.gov.my/ms/janjitemu
- Pilih Negeri dan Cawangan anda. Klik Seterusnya
- Pilih JENIS URUSAN yang anda ingin lakukan di KWSP
- Pilih tarikh dan masa janji temu anda
- Lengkapkan Maklumat Peribadi anda
- Pastikan semua kotak ditandakan. Klik Buat Janji Temu
- Status pengesahan janji temu akan dipaparkan
- Anda akan menerima NOTIS PENGESAHAN sebagai rujukan melalui email atau SMS
Sebelum hadir ke cawangan KWSP pada masa janji temu, pastikan anda:
- Muat turun aplikasi MySejahtera
- Imbas Kod QR
- Daftar masuk janji temu online
Pastikan anda hadir ke cawangan KWSP dengan amalkan langkah-langkah pencegahan Covid-19:
Bagi permohonan i-Sinar yang akan dibuka pada 21 Disember 2020 nanti bagi kategori 1, anda tidak perlu buat permohonan di cawangan KWSP. Anda boleh buat permohonan i-Sinar secara online sahaja melalui pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut mengenai Janji Temu Online KWSP, anda boleh rujuk FAQ Janji Temu Online KWSP atau hubungi Pusat Panggilan Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 8922 600 untuk membuat permohonan janji temu.