Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2022

Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun 2022 akan dilaksanakan pada 12, 13 dan 14 September 2022. Seramai 7,720 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU tahun 2022 di 209 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan ini, seramai 1,317 orang petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan 1,441 orang petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Bertulis.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak dan muat turun jadual peperiksaan SPMU tahun 2022.

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPMU TAHUN 2022

Jadual waktu peperiksaan SPMU tahun 2022 dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi LP di http://lp.moe.gov.my atau muat turun di bawah:

LP ingin mengengatkan semua calon peperiksaan SPMU tahun 2022 untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kerta peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan oleh LP bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPMU tahun 2022.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma