Jadual Pembukaan Kaunter BKM 2022 Di Cawangan LHDN Setiap Negeri

Kepada pemohon Bantuan Keluarga Malaysia yang ingin buat penyerahan borang atau ada sebarang masalah buat permohonan/ kemaskini secara online, anda boleh terus ke kaunter cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan anda untuk berurusan. Pembukaan kaunter BKM 2022 adalah khas untuk urusan berkenaan bantuan tersebut sahaja.

Jadual pembukaan kaunter BKM 2022 di cawangan LHDN telah dikeluarkan dan akan beroperasi mulai 2 Januari sehingga 31 Januari 2022. Kaunter BKM 2022 dibuka setiap hari, kecuali hari cuti-cuti tertentu.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak jadual pembukaan kaunter BKM 2022 di cawangan LHDN.

URUSAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Rakyat Malaysia boleh ke kaunter BKM 2022 untuk urusan berikut:

  • Permohonan baharu
  • Kemaskini maklumat
  • Penyerahan dokumen
  • Masalah teknikal akaun MyBKM
  • Terlupa kata laluan MyBKM
  • Pertanyaan soalan berkaitan BKM

LOKASI KAUNTER BKM 2022

Pembukaan kaunter BKM 2022 adalah di lokasi berikut:

  • Cawangan LHDN
  • Pejabat Satelit (PS) LHDN
  • Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN
  • Pusat Transformasi Bandat (UTC) LHDN

BORANG PERMOHONAN/ KEMASKINI

Sebelum hadir ke kaunter BKM 2022 untuk sebarang permohonan baharu atau kemaskini maklumat, anda dinasihatkan untuk bawa bersama borang yang telah lengkap diisi. Dapatkan borang permohonan, kemaskini dan serahan dokumen di bawah:

BORANG PERMOHONAN / KEMASKINI BKM 2022

JADUAL PEMBUKAAN KAUNTER BKM 2022

Berikut adalah jadual pembukaan kaunter BKM 2022 di seluruh negara:

MAKLUMAT PEMBUKAAN KAUNTER BKM 2022

Berikut adalah beberapa makluman penting pembukaan kaunter BKM 2022 yang anda perlu ambil perhatian:

  • Kaunter BKM 2022 tidak dibuka pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti Negeri (bagi Negeri yang terlibat) kecuali tarikh pada jadual di atas
  • Cawangan yang bekerja pada hari Ahad hingga Khamis, waktu operasi kaunter pada Khamis adalah sehingga jam 3.30 petang
  • Bagi Kaunter BKM 2022 yang tidak beroperasi pada tarikh di atas, notis pada umum akan dipamerkan pada premis berkenaan
  • Masa pembukaan Kaunter BKM 2022 di UTC adalah bergantung kepada jadual waktu operasi UTC di sesuatu tempat
  • Masa pembukaan Kaunter BKM 2022 adalah tertakluk kepada pindaan

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut pembukaan kaunter BKM 2022, anda boleh hubungi Hotline BKK LHDNM di talian 1 800 88 2747.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma