Tak Perlu Print Pun, Ini Cara Isi Dokumen Di PDF Dengan Mudah
Pada zaman yang serba canggih sekarang hampir semua urusan boleh dilakukan secara atas talian dengan beberapa klik sahaja. Sistem permohonan sekarang pun sudah tidak macam dulu. Jika zaman dahulu, borang permohonan kena ambil di pejabat berkaitan untuk isi dan hantar.
Namun kini kebanyakan permohonan sudah sediakan borang secara atas talian sahaja. Pemohon perlu cetak, isi dan hantar semula borang yang lengkap. Namun tak semua orang ada mesin pencetak di rumah.
Tak perlu susah-susah pergi kedai untuk cetak, sebenarnya anda boleh isi apa pun jenis borang permohonan di PDF dengan mudah secara online.
Isi Kandungan
CARA ISI DOKUMEN PDF TANPA CETAK
Terdapat 3 laman/aplikasi yang dicadangkan boleh anda gunakan untuk isi borang di PDF secara online. Laman ini menyediakan kemudahan untuk anda masukkan text di dalam borang berbentuk PDF.
1. Smallpdf.com
Klik pautan https://smallpdf.com/edit-pdf. Setersunya, Klik Drop PDF here Choose File untuk memuat naik borang dalam bentuk PDF yang anda telah muat turun.
Masukkan Teks yang anda mahu. Anda boleh sunting ketebalan dan saiz font mengikut kesesuaian anda.
Bila dah selesai, klik DOWNLOAD untuk muat turun dokumen PDF yang telah lengkap diisi.
2. pdfescape.com
Klik pautan https://www.pdfescape.com/windows/. Klik pada FREE ONLINE
Pilih UPLOAD PDF TO PDFESCAPE untuk memuat naik dokumen PDF yang anda ingin isi.
Klik TEXT untuk masukkan text yang anda mahu. Anda boleh sunting jenis font, saiz, warna dan sebagainya mengikut kesesuaian. Bila dah selesai, klik icon printer untuk print.
3. Acrobat Reader DC
Untuk kaedah ketiga ini, anda perlu download aplikasi Acrobat Reader DC di laptop atau PC anda. Buka aplikasi tersebut dan muat naik dokumen PDF yang anda ingin isi.
Klik Fill & Sign di bahagian sebelah kanan laman. Klik Fill and Sign di dalam kotak berwarna biru.
Anda sudah boleh masukkan text yang anda mahu.
Untuk turunkan tandatangan, klik bahagian Sign, Add Signature.
Turunkan tandatangan anda, klik Apply.
Letak di bahagian yang anda mahu. Bila dah selesai, klik save untuk simpan dokumen yang lengkap diisi.
Mudah kan? Dah tak perlu susah-susah isi guna tulisan tangan lagi atau cari kedai untuk cetak. Apa yang paling best, laman dan aplikasi ini menyediakan perkhidmatan percuma! Tak perlu login pun. Mudah kan?
Semoga bermanfaat!