i-Saraan KWSP: Daftar & Terima Bantuan RM250/Tahun Untuk Pekerja Sendiri & Suri Rumah

Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

Sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun [berkuatkuasa 1 Januari 2018]) ke atas caruman anda.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pendaftaran Insentif Persaraan (i-Saraan) KWSP.

FAEDAH I-SARAAN

Antara faedah membuat caruman melalui i-Saraan adalah:

  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
  • Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
  • Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
  • Bantuan Kematian: RM2,500
    * tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

PEMBAYARAN CARUMAN

Caruman adalah mengikut kemampuan sendiri, secara sukarela, pada bila-bila masa (sehingga jumlah maksimum caruman sukarela sebanyak RM60,000 setahun). Pembayaran caruman boleh dibuat melalui salah satu kaedah berikut:

  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB, PBB, BSN dan RHB)
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik (MBB dan PBB)

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan yang penuh dipenuhi untuk mendaftar caruman i-Saraan adalah:

  • Individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, suri rumah dan pekerja berpencen
  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 55 tahun
Nota: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (i-Suri), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan. Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.

CARA DAFTAR

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar caruman sukarela i Saraan KWSP, anda boleh terus hadir ke kaunter KWSP berdekatan bersama semua dokumen berikut:

  • MyKad
  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (penggunaan borang tidak diperlukan)

Muat turun borang-borang berkaitan di bawah:

borang i-saraan – kwsp 16G (M)

borang i-saraan – kwsp 6a (2)

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03 89226000. Anda juga boleh terus ke kaunter KWSP untuk dapatkan penjelasan lanjut.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma