Take Note Lepasan SPM! Ini Senarai 7 IPTS Terbaik Di Malaysia Dalam Ranking Dunia 2020 Yang Anda Boleh Mohon Sambung Belajar
Tidak ditawarkan kemasukan ke IPTA bukan bermakna tertutup terus peluang untuk anda meneruskan pembelajaran. Banyak lagi laluan lain yang anda boleh sambung belajar seperti di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang juga menawarkan pendidikan setara dengan IPTA.
Tambahan pula reputasi IPTS pada masa kini bukan lagi sama seperti dahulu yang mana orang menganggap bahawa IPTS merupakan institusi swasta yang menampung lebihan pelajar yang gagal dalam permohonan ke universiti awam.
IPTS kini sudah menjadi pilihan utama pelajar berbanding IPTA disebabkan oleh kualiti pembelajaran yang disediakan serta potensi lepasan IPTS untuk berjaya memperolehi pekerjaan selepas tamat pengajian.
Namun, tidak semua IPTS menyediakan pengajian yang berkualiti dan diiktiraf. Jadi dah tentu sukar untuk anda membuat keputusan IPTS manakah yang benar-benar terbaik.
Untuk menyemak senarai IPTS terbaik di Malaysia, pihak kami telah senarai 7 IPTS terbaik di Malaysia yang berada di dalam rangking dunia. Senarai lengkap adalah seperti di bawah.
Isi Kandungan
SENARAI IPTS TERBAIK DI MALAYSIA DALAM RANKING DUNIA 2020
Di bawah merupakan Senarai 7 IPTS Terbaik Di Malaysia Dalam Ranking Dunia 2020.
1UCSI University
Universiti UCSI ialah sebuah universiti yang terletak di Taman Connaught, Cheras, lebih kurang 10 kilometer di selatan Kuala Lumpur, Malaysia. Diasaskan pada tahun 1986, UCSI telah diiktirafkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah universiti pada 13 September 2003.
UCSI adalah antara beberapa universiti swasta di Malaysia yang menawarkan satu lingkungan jurusan yang luas, termasuk Kejuruteraan, Teknologi maklumat dan Perniagaan, Sains gunaan, Farmasi dan Perubatan, Sains sosial, dan Muzik.
Pada hari ini, UCSI menawarkan ijazah universiti sendiri dan selepas penghabisan kursus mereka, pelajar-pelajar boleh berpindah ke universiti antarabangsa untuk kursus lepas ijazah. UCSI juga menawarkan program-program kembar yang membenarkan pelajar-pelajar berpindah ke universiti-universiti di luar negeri untuk menghabiskan ijazah mereka. Ijazah-ijazah UCSI disederhanakan oleh Universiti London Timur yang bertindak sebagai pemeriksa luaran.
2 Universiti Teknologi Petronas (UTP)
UTP bermula dengan penubuhan Institute of Technology PETRONAS (ITP), sebuah institusi latihan khas untuk kakitangan PETRONAS di bawah pantauan PETRONAS Management & Training Sdn. Bhd. (PERMATA). Sebelum berpindah ke lokasi sekarang, ITP terletak di kawasan PERMATA di Bangi, Selangor. Kemudian,UTP berpindah ke Seri Iskandar, Perak. UTP juga dikenali dengan keunikan bangunan akademiknya terutamanya kompleks canselor yang mendapat pengiktirafan dunia iaitu Anugerah Aga Khan pada tahun 2007 seperti yang dianugerahkan kepada PETRONAS Twin Tower pada tahun 2004.
3 Taylor University
Taylor’s University (biasanya dirujuk sebagai Taylor’s) adalah sebuah universiti swasta di Subang Jaya, Selangor, Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 1969 sebagai sebuah kolej, dianugerahkan status kolej universiti pada tahun 2006, dan status universiti pada tahun 2010. Taylor’s University adalah ahli Kumpulan Pendidikan Taylor.
4 Management and Science University (MSU)
Management & Science University (dipendekkan sebagai MSU Malaysia atau MSU) merupakan sebuah universiti swasta yang terletak di Shah Alam, Selangor. Universiti ini ditubuhkan pada tahun 2001 sebagai University College of Technology & Management Malaysia sebelum secara rasminya dinaik taraf sebagai sebuah universiti penuh sebagai Management & Science University pada Oktober 2007.
5 Sunway University
Universiti Sunway (sebelumnya Kolej universiti Sunway) sebuah universiti di Malaysia. Kampus ini menampung 120 bilik darjah dan 15 dewan seminar. Ia mempunyai kampus seluas 10 hektar (24 ekar) yang terdiri daripada blok kediaman dan akademik bersebelahan dengan taman tema Sunway Lagoon. Ia terletak kira-kira 16 km dari tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Ia dibuka pada 1987 sebagai Kolej Sunway, yang mana sebahagiannya diasingkan pada 2004 dan dinaiktaraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia kepada sebuah kolej universiti. Pada Januari 2011 ia telah dinaiktaraf menjadi sebuah universiti penuh dan menjadi Universiti Sunway. Ia menyediakan program ijazah sarjana dan siswazah dalam bahasa Inggeris. Naib Canselornya, Profesor Graeme Wilkinson, yang telah dilantik dari UK pada 2012. Beliau telah disokong oleh Timbalan Naib Canselor dan Provost.
6 Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Universiti Tenaga Nasional (singkatan: UNITEN) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia. Kampus utamanya terletak di Kajang, Selangor manakala kampus kedua terletak di Bandar Muadzam Shah, Pahang. UNITEN mempunyai lima kolej yang mengandungi 15 jabatan akademik. Program universiti ini menumpukan pada kejuruteraan, teknologi maklumat, pengurusan bisnes dan bidang-bidang yang berkaitan.
Universiti Tenaga Nasional adalah antara universiti swasta yang pertama di Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh Tenaga Nasional Berhad, salah sebuah syarikat utiliti bekalan elektrik yang terbesar di Asia Tenggara.
Semua program akademik dirangka mengikut dasar, prosedur dan standard yang disediakan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN) Malaysia. Beberapa program universiti ini juga diakreditasi oleh badan akreditasi luar negara.
7 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) (Inggeris: Tunku Abdul Rahman University) merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) yang bukan keuntungan, dan menyeluruh di Malaysia. UTAR adalah salah satu universiti swasta terunggul di Malaysia, berada di tangga 100 teratas dalam Universiti Terbaik Asia Times Higher Education 2018 dan di tangga 600 teratas dalam Universiti Terbaik Dunia Times Higher Education 2020, berada No. 2 di Malaysia selepas Universiti Malaya.
Ia ditubuhkan pada June 2002 di bawah dana nama UTAR Education Foundation, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan. UTAR kini mempunyai 14 fakulti, 52 jabatan akademik dan 28 pusat penyelidikan.
ASPEK PENILAIAN RANKING
Ranking ini dikeluarkan oleh Qs World University Ranking di mana mereka adalah organisasi popular dalam membuat penilaian. Penilaian ranking ini merangkumi :
- Kebolehpasaran kerja graduan universiti
- Kemudahan di kawasan persekitaran kampus
- Penyelidikan universiti
- Jumlah pengambilan pelajar antarabangsa
- Kualiti pembelajaran
- Kelayakan tenaga pengajar dan sebagainya.
Jadi sebelum mengemukakan permohonan ke mana-mana IPTS pastikan IPTS yang ingin dipilih tersenarai dalam ranking dunia barulah anda memperoleh kualiti pembelajaran yang terbaik.
Walaupun yuran bagi pengajian di IPTS agak mahal, ramai yang sanggup bayar lebih untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik berbanding bayar murah tetapi perkhidmatannya sangat teruk.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda dalam membuat permohonan untuk melanjutkan pengajian.