Raih RM15K Sebulan Dengan Niaga Guna Mesin Layan Diri, Ini Cara Anda Mohon Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)

Apa Itu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)?

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) adalah sebuah program yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia dengan tujuan untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah atau miskin tegar.

IPR fokus dengan strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi inisiatif-inisiatif IPR.

Dengan menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan. IPR akan mewujudkan ekosistem antara pemohon, pemegang taruh dan masyarakat setempat.

Kisah Kejayaan Peniaga Bawah Program IPR

Raih RM15K Sebulan Dengan Niaga Guna Mesin Layan Diri! Ini kisah mereka.

Sepasang suami isteri, Amin Afifi Yaakob dan Yufaeza Yussof, telah meraih kejayaan melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). Mereka berjaya meningkatkan pendapatan mereka dari RM2,500 hingga RM3,000 sebulan menjadi antara RM10,000 hingga RM15,000 sebulan dengan berniaga menggunakan mesin layan diri (vending machine) yang dibekalkan di bawah IPR, kategori Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) sejak Oktober tahun lepas.

Sebelum ini, mereka berniaga pelbagai jenis makanan termasuk kek dari rumah dengan jualan dibuat menerusi laman sosial. Namun, setelah mengetahui mengenai IPR menerusi Facebook, mereka terus mendaftar dan berjaya menyertainya menerusi bantuan mesin layan diri.

Mereka mula berniaga menggunakan mesin layan diri itu pada Oktober di kafeteria di Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Pulau Pinang di Permatang Pauh. Mereka menyediakan pelbagai jenis menu di mesin layan diri bagi memberi pilihan kepada pelajar-pelajar di situ mendapat makanan yang variasi.

Setiap hari, mereka akan membeli barangan segar untuk memasak sebelum menghantar ke mesin layan diri itu pada 2 petang dan 10 malam setiap hari supaya makanan itu sentiasa dalam keadaan segar. Sebanyak 60 hingga 70 peratus makanan yang dihantar ke mesin layan diri itu adalah hasil air tangan mereka, manakala selebihnya adalah daripada vendor yang membekalkan makanan seperti burger, roti john dan piza.

Melalui usaha ini, mereka telah berjaya menjual lebih 5,000 kuantiti pelbagai jenis makanan pada harga RM1 hingga RM8 setiap bulan.

Ini adalah contoh kejayaan yang boleh dicapai melalui program IPR dan anda boleh capai perkara yang sama jika mempunyai minat yang serupa.

Kategori-Kategori dalam Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mempunyai tiga kategori utama:

  1. Usahawan Tani (INTAN): Sasaran penggerak IPR untuk membantu atau dipadankan dengan golongan pemohon ini adalah syarikat pertanian, rantai peruncitan makanan, pengeksport, agensi-agensi kerajaan berkaitan, dan koperasi.
  2. Usahawan Makanan (INSAN): Sasaran penggerak IPR untuk membantu atau dipadankan dengan golongan pemohon ini adalah pengusaha mesin menjual (vending machine), syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka, pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri, institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat, dan hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf.
  3. Operator Perkhidmatan (IKHSAN): Sasaran penggerak IPR untuk membantu atau dipadankan dengan golongan pemohon ini adalah syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis dan premis-premis agensi kerajaan.

Jenis Bantuan Diberikan oleh Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)

Melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), peserta akan dibantu dengan bantuan bukan wang kepada peserta. Bantuan ini meliputi:

  1. Latihan: Peserta akan diberikan latihan yang relevan dengan kategori inisiatif yang mereka pilih.
  2. Peralatan: Peserta akan diberikan peralatan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti ekonomi mereka.
  3. Bahan Mentah: Peserta akan diberikan bahan mentah yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti ekonomi mereka.
  4. Pasaran: IPR akan membantu peserta mencari pasaran untuk produk atau perkhidmatan mereka.

Syarat Permohonan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)

Syarat-syarat untuk memohon menyertai IPR adalah:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon adalah daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar.

Cara Daftar Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon IPR:

  1. Daftar: Anda perlu mendaftar di laman web IPR. Sahkan akaun anda dengan mengklik pautan yang dihantar ke emel anda.  Untuk daftar sila klik sini https://ipr.ekonomi.gov.my/about
  2. Baca Syarat Permohonan dan Kategori Inisiatif: Sebelum memohon, baca tentang syarat permohonan dan kategori inisiatif yang anda minati.
  3. Log Masuk dan Pilih Inisiatif Anda: Log masuk ke akaun anda dan pilih inisiatif yang anda ingin sertai.
  4. Buat Permohonan: Isi butiran dan masukkan dokumen sokongan seperti slip gaji dan gambar kad pengenalan.

Melalui program Inisiatif Pendapatan Rakyat ini, kerajaan menyasarkan peserta IPR berupaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan. Semoga berjaya! 😊

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma