Cara Mohon Penempatan Latihan Industri (Internship) Di KWSP. Elaun Bulanan Disediakan
Ingin membina kerjaya anda? Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sentiasa berusaha membangunkan pasukan yang kukuh, terdiri dariada mereka yang didorong sifat ingin tahu dan kreatif, yang menginginkan kerjaya bermatlamat dan bermakna di samping sentiasa menyokong antara satu sama lain.
KWSP menawarkan persekitaran pekerjaan yang bukan sahaja kondusif, malah mencabar minda agar anggotanya dapat mencapai potensi mereka yang sebenar. Pelajar tahun akhir yang sedang cari penempatan latihan industri dialu-alukan untuk mohon.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan cara mohon.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan membuat permohonan latihan industri di KWSP:
- Berumur 18 tahun ke atas
- Merupakan pelajar pengajian peringkat Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD
- Tempoh latihan industri sekurang-kurangnya 6 bulan
INTERNSHIP KWSP
Semasa anda bersama kami sebagai pelatih, anda akan ditugaskan di bawah satu pasukan bagi menggalakkan anda sebagai individu yang inovatif dan membolehkan anda menjalani latihan yang dapat memberi perspektif kerja yang baharu. Di KWSP, kami menganggap pelatih internship sebagai nilai tambah kepada pasukan kami, dan kami akan memastikan anda akan menerima layanan dan sokongan terbaik daripada kami . Pasukan kami bersedia untuk mengajar, namun kami lebih teruja untuk mendengar idea-idea daripada anda
KELEBIHAN INTERNSHIP KWSP
Antara kelebihan mengikuti internship di KWSP adalah:
- Elaun bulanan disediakan
- Dapat pengalaman kerja yang mampu mengubah kehidupan
- Persekitaran pekerjaan yang bukan sahaja kondusif malah mencabar minda
Baca juga: Tawaran Program Latihan Industri LHDNM Seluruh Malaysia Tahun 2021 Kini Dibuka
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat untuk mohon penempatan latihan industri/ internship di KWSP, anda boleh buat permohonan dengan hantar resume terkini dan CV ke alamat emel berikut:
- internship@epf.gov.my
Pastikan email yang dihantar disertakan bersama cover letter yang lengkap dan menarik, jangan biarkan email kosong hanya sekadar hantar dokumen. Tak tahu nak buat cover letter? Rujuk 8 contoh email mohon kerja (cover letter) menarik.
Pastikan anda tidak melakukan kesilapan hantar email kerja yang boleh menyebabkan permohonan anda gagal.
Untuk maklumat lanjut berkenaan tawaran latihan industri di KWSP, anda boleh rujuk di lama www.kwsp.gov.my.