Tawaran Program Diploma Percuma Di INTEC Buat Anak Yatim & Asnaf Lepasan SPM

INTEC Educational College adalah institusi milik sepenuhnya UiTM telah melancarkan inisiatif “INTEC Shared Future” yang menawarkan peluang menyambungkan pengajian kepada pelajar golongan asnaf dan anak yatim yang layak dan kurang berkemampuan.

Dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) dan INTEC Education College (INTEC), INTEC Education College menawarkan peluang pengajian di peringkat diploma untuk memenuhi impian pelajar lepasan SPM dari kalangan yatim dan asnaf dengan kerjasama INTEC Shared Future (ISF) bagi pembiayaan penuh pengajian.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut progam ditawarkan dan panduan buat permohonan.

PROGRAM DITAWARKAN

Berikut adalah senarai program diploma yang ditawarkan:

  • Diploma Pengurusan Perniagaan
    Syarat kemasukan: Lulus SPM dengan 3 kepujian/ kredit
  • Diploma Perakaunan
    Syarat kemasukan: Lulus SPM dengan 3 kepujian/kredit termasuk Matematik dan lulus Bahasa Inggeris
  • Diploma Kewangan Islam
    Syarat kemasykan: Lulus SPM dengan 3 kepujian/ kredit dan lulus Matematik
  • Diploma Amalan Halal Saintifik
    Syarat Kemasukan:
    i) Aliran sains – Lulus SPM dengan 3 kepujian/ kredit bagi subjek Kimia, Biologi dan Pendidikan Islam dan Syariah
    -Lulus Bahasa Inggeris dan Matematik
    ii) Bukan aliran sains
    – Lulus SPM dengan gred B dalam Sains dan kepujian/ kredit Pendidikan Islam atau Syariah
    – Lulus Bahasa Inggeris dan Matematik

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran program adalah terbuka kepada lepasan SPM yang berkelayakan seperti berikut:

  • Anak yatim; atau
  • Asnaf berdaftar
  • Mmenuhi syarat kelayakan untuk program pilihan

DOKUMEN DIPERLUKAN

Antara dokumen diperlukan untuk buat permohonan adalah:

  • Salinan keputusan SPM yang disahkan
  • Salinan IC yang disahkan
  • Salinan slip gaji ibu dan bapa (jika berkaitan)
  • Dokumen pengesahan sebagai Asnaf yang berdaftar Lembaga Zakat yang diiktiraf
  • Surat/ dokumen pengesahan kematian ibu/bapa (bagi anak yatim)

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan program pengajian ditawarkan dan merupakan lepasan SPM seperti dinyatakan di syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara atas talian di pautan berikut:

BORANG PERMOHONAN INTEC SHARED FUTURE

Dengan melengkapkan borang ini, anda bersetuju dengan INTEC Education College untuk menyimpan dan memproses data yang anda berikan. Diingatkan bahawa data dan maklumat yang diberikan oleh pemohon haruslah benar dan tepat.

Kami akan menyimpan maklumat anda mengikut Akta Perlindungan Data 2010. Kami tidak mendedahkan butiran anda kepada pihak ketiga kecuali jika anda telah memberi kebenaran.

Sebarang pertanyaan berkaitan program Diploma boleh hubungi pegawai kami:

  • Cik Rifha: +60 12-596 6201/rifha.rohanan@intec.edu.my
  • En. Shurabil: +60 12-264 7657/shurabil.suib@intec.edu.my

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma