Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Tawaran Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Di IPG Dengan Kerjasama JAIP

Oleh Cikgu Shaari • July 8, 2022 • 2 min baca

Tawaran Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Di IPG Dengan Kerjasama JAIP
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)  di Institut Pendidikan Guru dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bagi sesi 2022.

Tawaran adalah terbuka kepada semua Guru KAFA Lantikan JAKIM yang bertugas di Negeri Pahang serta Penyelia KAFA yang berminat. Bagi yang berminat, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara online yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran program dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Di Institut Pendidikan Guru Malaysia
  • Anjuran: IPG dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)
  • Pengambilan: Sesi 2022

BIDANG PENGAJIAN DITAWARKAN

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Di Institut Pendidikan Guru Malaysia menawarkan bidang pengajian berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Bimbingan Kaunseling
  • Sejarah
  • Geografi
  • Dini
  • Tahfiz
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Sains
  • Matematik
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Perniagaan
  • Perakaunan
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak (Sek Ren)

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Di Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan kerjasama JAIP adalah terbuka kepada individu yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada semua Guru KAFA Lantikan JAKIM
  • Bertugas di Pahang
  • Penyelia KAFA yang berminat juga layak mohon

CARA MOHON

Sekiranya anda merupakan Guru KAFA yang berkelayakan seperti dinyatakan dan berminat untuk mengikuti pengajian ditawarkan, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara online di pautan berikut:

Untuk makluman tuan puan, maklumat dalam borang permohonan merupakan maklumat yang diperlukan oleh JAIP bagi proses dapatan maklumat bagi guru di bawah seliaan JAIP yang ingin menyertai Program Diploma Pascasiswazah di Institusi Pendidikan Guru di Malaysia.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.