Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Panduan Beli Smartphone Bayar Bulanan Dengan 0% Interest Di Lazada

Oleh Cikgu Shaari • October 13, 2020 • 2 min baca

Panduan Beli Smartphone Bayar Bulanan Dengan 0% Interest Di Lazada
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Zaman sekarang ini Smartphone atau telefon pintar sudah bagaikan satu keperluan yang wajib ada oleh semua orang. Tambah-tambah pelajar universiti dan individu yang bekerja. Maklumlah, kebanyakan tugasan atau makluman pelajar universiti diberi dalam aplikasi WhatsApp.

Panduan Beli Smartphone Bayar Bulanan Dengan 0% Interest Di Lazada

Sama juga seperti pekerja. Tuntasnya, orang zaman sekarang perlukan smartphone untuk berhubung dengan orang lain. Namun harga smartphone pastinya lebih mahal dari telefon bimbit biasa.

Jika anda perlu membeli smartphone tetapi tidak mampu untuk bayar sekaligus, anda boleh bayar secara ansuran dengan panduan di bawah.

PANDUAN MEMBELI SMARTPHONE BAYAR BULANAN

Jika anda ingin membeli telefon pintar tetapi ingin buat bayaran bulanan, platform Lazada adalah kaedah terbaik untuk anda! Kalau boleh jangan beli handphone secara berhutang dengan menggunakan kaedah hutang yang biasa. Anda akan dikenakan caj faedah (interest) yang sangat tinggi. Harga telefon RM1,500 mungkin boleh jadi RM3,000!

Cadangan di sini adalah anda gunakan platform Lazada kerana Lazada tidak mengenakan sebarang kadar faedah (Zero interest). Berikut adalah panduan untuk anda beli barangan di Lazada dengan bayaran secara ansuran:

  1. Pilih Smartphone yang anda mahu. Pastikan di maklumat item tersebut ada tulis “Installment”
    Panduan Beli Smartphone Bayar Bulanan Dengan 0% Interest Di Lazada
  2. Masukkan item tersebut ke dalam ‘my cart’ anda dan CHECKOUT.
  3. Untuk membuat pembayaran, pastikan anda pilih ‘Maybank Installment‘ di bahagian Payment Options.
  4. Anda akan diberi pilihan tempoh bulan(6 bulan/12 bulan) dan bayaran bulanan yang anda mahu buat .
  5. Masukkan maklumat kad kredit di ruang yang disediakan dan klik ‘PLACE YOUR ORDER’.
    Panduan Beli Smartphone Bayar Bulanan Dengan 0% Interest Di Lazada

Selain daripada smartphone, pelbagai lagi barangan yang ditawarkan oleh Lazada yang boleh dibayar secara ansuran. Syarat untuk membuat installment di Lazada adalah item yang dipilih mestilah berharga RM500 ke atas dan tertera ‘installment’ di maklumat item.Panduan Beli Smartphone Bayar Bulanan Dengan 0% Interest Di Lazada

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memiliki smartphone idaman anda tanpa rasa terbeban! Untuk pengetahuan anda, selain Lazada, Shopee juga menawarkan pakej installment untuk belian RM500 ke atas bagi memudahkan pelanggan.

Anda boleh semak pautan di bawah untuk cara membuat pembelian installment di Shopee.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.