Cara Mohon Insentif Tabung Bencana Pertanian Buat Usahawan Pertanian Yang Terjejas Banjir
Pengusaha Pertanian di Kelantan yang terlibat dengan bencana banjir boleh mohon Insentif Tabung Bencana Pertanian bagi mendapat bantuan daripada Jabatan Pertanian Negeri. Bantuan dini diwujudkan bagi membantu usahawan yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda dan menjejaskan hasil pertanian mereka.
Pastikan anda buat permohonan dalam tempoh 15 hari selepas bencana berlaku. Permohonan mestilah dikemukakan bersama borang permohonan dan dokumen dinyatakan dan hantar ke Pejabat Pertanian.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
PERTANIAN YANG LAYAK
Tawaran Insentif Tabung Bencana Pertanian ini dibuka kepada usahawan yang mengusahakan:
- Tanaman padi
- Agromakanan
CARA MOHON BANTUAN
Permohonan Insentif Tabung Bencana mestilah dibuat dalam tempoh 15 HARI selepas bencana berlaku dengan ikut panduan berikut:
- Buat laporan polis berkenaan kerosakan/ bencana
- Muat turun dan lengkapkan borang permohonan yang disediakan di bawah atau dapatkan di Pejabat Pertanian
- Borang permohonan hendaklah mendapat pengesahan daripada Ketua Kampung/ Penghulu
- Sediakan dokumen yang dinyatakan
- Permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Pertanian berdekatan
Klik butang di bawah untuk muat turun borang permohonan:
BORANG PERMOHONAN INSENTIF BANTUAN TABUNG BENCANA
Hantar borang permohonan bersama dokumen-dokuman berikut:
- Borang Permohonan
- Laporan Polis
- Gambar Kerosakan yang jelas bersama kerosakan tanaman beserta maklumat (Lokasi, Daerah, Negeri, Tarikh)
- Salinan kad pengenalan
- Salinan geran tanah/ surat perjanjian sewa tanah
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan bantuan ditawarkan, anda boleh hubungi talian merngikut kawasan berikut:
- Bachok: 09-778 8267
- Gua Musang: 09-912 1230
- Jeli: 09-944 0337
- Kota Bahru: 09-746 2932
- Kuala Krai: 09-966 6192
- Machang: 09-975 1381
- Pasir Mas: 09-790 9137
- Pasir Puteh: 09-786 6097
- Tanah Merah: 09-955 6337
- Tumpat: 09-725 7343
- Lojing: 09-922 1963