Tawaran Insentif Pendidikan Kelahiran Baru Anak Veteran ATM Sehingga RM10,000

Yayasan Veteran ATM (YVATM) menyediakan satu insentif kepada anak-anak Veteran ATM yang lahir pada 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022. Insentif ini adalah bertujuan untuk menyediakan satu simpanan pendidikan khas kepada anak-anak Veteran ATM bagi persediaan ke institusi pengajian tinggi.

Simpanan adalah berbentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional Prime (SSPN Prime). Selain simpanan, ianya menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan untuk satu keluarga, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian tertakluk kepada terma dan syarat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut insentif ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah:

  • 31 Mac 2023 dan/ atau setelah mencapai 1,000 orang pemohon

MANFAAT DITAWARKAN

Selain simpanan, ianya menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti:

  • Pemberian dividen setiap tahun.
  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000.00.
  • Pemberian geran sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga.
  • Perlindungan takaful percuma.
  • Khairat kematian.

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan adalah terbuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Terbuka kepada anak-anak Veteran ATM beragama Islam yang lahir pada 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022
  • Permohonan yang berjaya akan menerima RM1,000 berbentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional Prime (SSPIN Prime) dan hanya terbuka kepada 1,000 anak-anak veteran ATM sahaja
  • Simpanan hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai umur 18 tahun dan ke atas
  • Borang hendaklah diisi dengan lengkap secara atas talian

CARA MOHON

Pemohon yang berkelayakan boleh buat permohonan secara atas talian dalam tempoh permohonan dibuka secara atas talian melalui pautam berikut:

Permohonan hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja. Sila isi maklumat yang betul dan lengkap bagi memudahkan urusan kelulusan dan pembayaran.

Permohonan mestilah dibuat dengan muat naik dokumen berikut:

  • Kad pengenalan pemohon (depan dan belakang)
  • Kad pengenalan anak (depan dan belakang)

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma