Senarai Insentif Khas Buat Usahawan Kecil & PKS Dalam Belanjawan 2021

Kerajaan sentiasa komited dalam membantu usahawan dan peniaga di negara kita dengan memberikan pelbagai bantuan dan inisiatif melalui PRIHATIN, PENJANA, Geran Khas Prihatin dan lain-lain lagi.

Dalam pembentangan Belanjawan 2021 kerajaan juga tidak melupakan golongan ini. Pelbagai insentif khas disediakan dan bakal memberi manfaat kepada usahawan pada tahun 2021.

Berikut adalah senarai insentif khas buat usahawan dan PKS dalam Belanjawan 2021.

SENARAI INSENTIF KHAS BUAT USAHAWAN & PKS

Bantuan Pembayaran Sasaran B40 & Perusahaan Mikro

Senarai Insentif Khas Buat Usahawan Kecil & PKS Dalam Belanjawan 2021

Bagi meringankan beban rakyat, pihak bank telah menambah baik Bantuan Bayaran Bali Bersasar kepada perusahaan mikro yang memiliki hutang kurang RM150,000 melalui dua opsyen iaitu:

  • Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan
  • Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan

Usahawan yang layak hanya perlu hubungi pihak bank berkaitan dan maklumkan pilihan bantuan yang dikehendaki.

RM4.6 Bilion Untuk Pemerkasaan Usahawan Bumiputera

Senarai Insentif Khas Buat Usahawan Kecil & PKS Dalam Belanjawan 2021

Pecahan-pecahan inisiatif melalui pemerkasaan usahawan bumiputera adalah seperti berikut:

  1. RM510 juta untuk tujuan pembiayaan kepada PKS dan PKS mikro Bumiputera melalui TEKUN dan PUNB
  2. RM 800 juta disediakan untuk program peningkatan keupayaan oleh Bank Pembangunan dan SME Bank
  3. RM 2 bilion disalurkan bagi membantu pembiayaan PKS Bumiputera melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan atau SJPP
  4. RM1.3 bilion untuk peningkatan kapasiti bumiputera melalui pembangunan profesional, dana kemakmuran bumiputera dan projek khusus

Bantuan Dan Pemulihan Bersasar BNM

Senarai Insentif Khas Buat Usahawan Kecil & PKS Dalam Belanjawan 2021

Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyediakan dana sebanyak RM2 billion untuk program Bantuan dan Pemulihan Bersasar yang akan diperkenalkan melalui pinjaman daripada institusi perbankan bagi membantu PKS yang terjejas.

Kempen e-Dagang PKS & PKS Mikro

Senarai Insentif Khas Buat Usahawan Kecil & PKS Dalam Belanjawan 2021

Data sebanyak RM150 juta disediakan program latihan dan bantuan jualan serta peralatan kepada 100,000 PKS bagi beralih kepada perkhidmatan digital melalui Kempen e-Dagang PKS dan PKS mikro.

Skim Geran Pendigitalan SME & Geran Automasi

Senarai Insentif Khas Buat Usahawan Kecil & PKS Dalam Belanjawan 2021

Dana sebesar ini di bawah Skim Geran Pendigitalan SME dan Geran Automasi bertujuan untuk menyokong aktiviti automasi dan modenisasi. Apa yang lebih menarik adalah syarat kelayakan untuk memohon geran ini turut dilonggarkan kepada PKS mikro dan syarikat pemula yang telah beroperasi selama 6 bulan.

Skim Lestari Bumi

Senarai Insentif Khas Buat Usahawan Kecil & PKS Dalam Belanjawan 2021

Sebanyak RM300 juta diperuntukkan di bawah Skim Lestari Bumi yang bertujuan untuk memacu perniagaan berstatus mikro milik Bumiputera bagi melangkah ke arah kategori perniagaan lebih tinggi. Kemudahan pembiayaan ini disediakan oleh SME Bank.

JanaNiaga

Senarai Insentif Khas Buat Usahawan Kecil & PKS Dalam Belanjawan 2021

Bagi memberi kemudahan kepada aktiviti perniagaan PKS, kerajaan turut memperkenalkan Platform Digital Rantaian Bekalan Nasional yang diberi nama JanaNiaga. Platform ini bertujuan untuk membantu kewangan PKS yang terlibat membekalkan perkhidmatan atau produk kepada kerajaan atau GLC.

RM300 juta disediakan yang menjangkakan dapat membantu PKS yang mengalami masalah aliran tunai yang berpunca daripada pembayaran invois yang terlalu lama. Ia juga dapat membantu PKS yang terjejas untuk mendapatkan bantuan pinjaman daripada institusi-institusi kewangan.

JanaNiaga akan diuruskan oleh EXIM Bank dengan penglibatan beberapa institusi kewangan yang lain.

Pembiayaan Peer-to-Peer (P2P)

Senarai Insentif Khas Buat Usahawan Kecil & PKS Dalam Belanjawan 2021

Pembiayaan secara peer-to-peer di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti disediakan dengan dana sebanyak RM50 juta yang berasaskan pembiayaan invois.

Geran Khas Prihatin Tambahan (Sabah)

Senarai Insentif Khas Buat Usahawan Kecil & PKS Dalam Belanjawan 2021

Geran Khas Prihatin Tambahan disediakan untuk Sabah bernilai RM1000 setiap pemohon bakal dinikmati oleh:

  • Peniaga dan penjaja
  • Pemandu teksi
  • e-hailing
  • Kereta sewa
  • Pemandu pelancong

Program Pembangunan Komuniti India

Senarai Insentif Khas Buat Usahawan Kecil & PKS Dalam Belanjawan 2021

Peruntukan khas untuk usahawan kaum India juga tidak dilupakan oleh kerajaan. Di sini, TEKUN memperuntukkan dana sebanyak RM20 juta khusus untuk Program Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) serta RM5 juta untuk pembangunan usahawan komuniti lain.

Ushawan PKS boleh rebut peluang yang disediakan oleh kerajaan ini bagi membangunkan semula perniagaan dan mengembangkan lagi. Maklumat lanjut permohonan akan menyusul apabila telah diumumkan nanti.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma