Cara Mohon Insentif Haji Muassasah & Terima RM500 Serta Kit Cenderamata Buat Bakal Jemaah Haji

Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan semula Insentif Haji Muassasah Selangor 2022 untuk tahun kelima. Inisiatif yang telah tertangguh selama dua (2) tahun akibat pandemik COVID-19 ini akan memanfaatkan 3,000 bakal jemaah haji dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.

Melalui insentif ini, Setiap penerima insentif ini akan menerima wang tunai sumbangan Kerajaan Negeri beserta kit cenderamata. Urusan permohonan insentif ini akan dijalankan selama 3 bulan mulai 23 Mei 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Insentif Haji Muassasah Selangor 2022 dan panduan buat permohonan.

INSENTIF HAJI MUASSASAH SELANGOR

Seperti dimaklumkan oleh Kerajaan Selangor, insentif ini akan memanfaatkan 3,000 bakal jemaah haji dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta. Setiap penerima insentif ini akan menerima:

  • Wang tunai RM500
  • Kit cenderamata mengandungi beg, penyahkuman tangan, losyen, pelembap bibir, tuala muka serta tisu basah.

TEMPOH PERMOHONAN

Urusan permohonan insentif ini akan dijalankan selama tiga (3) bulan seawal:

  • Mulai 23 Mei 2022 sehingga 31 Ogos 2022

SYARAT PERMOHONAN

Antara syarat permohonan mestilah:

  • warganegara Malaysia,
  • tawaran menunaikan haji pada tahun ini dan
  • beralamat di Selangor atau
  • mendaftar di mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji.

CARA MOHON

Permohonan boleh dibuat sepanjang tempoh ditetapkan melalui:

  • Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri (ADN) dan
  • Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor.

Bakal jemaah haji yang berminat hanya perlu membawa:

  • kad pengenalan serta
  • salinan surat tawaran mengerjakan haji muassasah yang lengkap dengan maklumat penerbangan sewaktu membuat permohonan.

Insentif Haji Muassasah Selangor ini adalah satu lagi usaha Kerajaan Negeri yang diurusetiakan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) sebagai sebahagian Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran MBI.

Semoga inisiatif ini sedikit sebanyak meringankan beban serta mempermudah urusan bakal tetamu-tetamu Allah yang terpilih.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma