Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan: Saringan Percuma Buat Semua Keluarga Malaysia
Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan atau National Health Screening Initiative (NHSI) merupakan salah satu inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di bawah Teras 3, iaitu Kawalan Kesihatan Kendiri.
Pemerkasaan rakyat dalam penjagaan kesihatan adalah penting bagi membolehkan rakyat mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam pencegahan penyakit.
Saringan kesihatan secara berkala dapat mengesan penyakit NCD di peringkat awal, rawatan dapat diberikan dengan segera dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti hidup.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan.
Isi Kandungan
TUJUAN INISIATIF SARINGAN KESIHATAN KEBANGSAAN
Sekiranya anda belum menjalani sebarang saringan kesihatan dalam tempoh 3 tahun lepas atau lebih, anda diminta untuk jalani saringan asas kesihatan secara berkala dan bertindak dalam memantau kesejahteraan kendiri.
Tujuan inisiatif saringan kesihatan kebangsaan ini adalah:
- Memperkasa individu, keluarga dan komuniti dalam penjagaan kesihatan
CARA DAPATKAN SARINGAN PERCUMA
Buat orang ramai yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur & Putrajaya, anda dipelawa untuk dapatkan inisiatif saringan kesihatan kebangsaan percuma pada:
- 17 Oktober hingga 23 Oktober 2022
Semak lokasi saringan kesihatan percuma di bawah:
Rakyat yang sihat adalah rakyat yang produktif, dan negara amat perlukan populasi yang produktif dan berdaya saing untuk menangani cabaran ekonomi semasa.
Jom buat saringan secara percuma sekarang! Selain daripada hadir ke lokasi dinyatakan di atas, orang ramai juga boleh terus kunjungi Klinik Kesihatan berhampiran anda.
Semoga bermanfaat!