Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

JPN Keluarkan Sijil Kelahiran Dengan Ciri Keselamatan Baharu Mulai 2023

Oleh Cikgu Shaari • October 18, 2022 • 1 min baca

JPN Keluarkan Sijil Kelahiran Dengan Ciri Keselamatan Baharu Mulai 2023
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin telah memaklumkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan sijil kelahiran versi baharu bermula tahun 2023 yang mengandungi beberapa ciri keselamatan terkini.

Dalam sidang media selepas melancarkan reka bentuk baharu dokumen keselamatan sempena Hari Pendaftaran Negara Tahun 2022 di sini, Hamzah berkata, ciri keselamatan baharu termasuk dilengkapi ‘watermark’ atau tera air pada sijil kelahiran itu adalah bagi mengelak berlakunya kes pemalsuan dokumen.

Sesiapa yang lahirkan anak tahun depan akan mendapat sijil kelahiran baharu. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut ciri keselamatan baharu sijil kelahiran dan tindakan untuk sijil kelahiran terkini.

4 CIRI KESELAMATAN BARU SIJIL KELAHIRAN

JPN akan keluarkan sijil kelahiran versi baharu mulai tahun 2023 dengan ciri keselamatan dari segi:

  • Reka bentuk dokumen
  • Jenis kerta yang digunakan
  • Jenis dakwat untuk cetakan keselamatan
  • Dilengkapi “watermark” bagi elak berlaku kes pemalsuan dokumen

SIJIL KELAHIRAN SEDIA ADA

Apa nak buat dengan sijil kelahiran sedia ada sekiranya sijil kelahiran dengan ciri baharu dikeluarkan:

  • Masih boleh digunakan
  • Tidak perlu ditukar

Penambahbaikan selaras dengan inisiatif JPN tambah baik 38 dokumen keselamatan jabatan itu bagi menjaga aspek ketulenan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.