3 Inisiatif Buat Peniaga Kecil Di Johor Dengan Dana Berjumlah RM100 Juta
Berita baik buat peniaga kecil di negeri Johor! Kerajaan negeri menyediakan dana berjumlah RM100 juta kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas dan layak dengan kadar faedah munasabah serta syarat longgar yang akan diberikan.
Pengumuman tersebut telah dimaklumkan melalui pembentangan Belanjawan Johor 2021 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor. Golongan B40, Belia dan pelajar sekolah juga akan menerima manfaat masing-masing.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut inisiatif yang dibentangkan buat usahawan PKS Johor.
Isi Kandungan
3 INISIATIF USAHAWAN PKS JOHOR
Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, berkata inisiatif berkenaan akan diberikan menerusi:
Johor Niaga-Bank Rakyat SME Loan
Inisiatf pertama adalah satu skim pembiayaan iaitu Johor Niaga-Bank Rakyat SME Loan dengan kerjasama Bank Rakyat sejajar usaha membolehkan lebih ramai usahawan mendapatkan pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan.
Pengecualian Bayaran Lesen
Inisiatif kedua ialah meringankan beban penjaja dan peniaga dengan memberi pengecualian bayaran lesen bagi penjaja, peniaga PKS, mikro, sewa premis dan gerai, sewa tapak pasar malam dan pasar pagi selama setahun berkuat kuasa dari 1 Januari 2021.
Ruang Dan Peluang Berniaga
Menerusi inisiatif ketiga, sebagai usaha menggalakkan perniagaan kecil-kecilan bertapak, pihak Perbadanan Usahawan Johor Berhad (PUJB) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Johor akan menyediakan ruang dan peluang berniaga yang bersesuaian kepada peniaga kecil serta pengusaha food truck.
Baca juga: Bantuan ‘One-off’ Sehingga RM500 Buat Golongan B40, Mahasiswa & Pelajar Sekolah Di Johor
BANTUAN BELIA & PELAJAR DI JOHOR
Sementara itu, mengulas bantuan orang muda Johor pula, Menteri Besar Johor berkata pelbagai inisiatif akan dilaksanakan dalam bentuk:
- Skim pinjaman
- Biasiswa
- Tabung pendidikan.
Kerajaan negeri juga cakna dengan perkembangan pelajar sekolah Johor, oleh itu, sebanyak RM1 juta akan diperuntukkan bagi melaksanakan:
- Program Pembangunan Murid Johor
- Program Penggayaan Bahasa Inggeris
Di samping itu, kerajaan Johor juga akan memberikan Dana Galakan Persatuan Belia Negeri Johor bagi melaksanakan pelbagai program meliputi:
- Aktiviti kesukarelawan,
- Khidmat bakti masyarakat, belia, sukan dan rekreasi.
Program XTIF Johor akan diwujudkan dengan peruntukan sebanyak RM1.98 juta bagi merakyatkan dan menggalakkan aktiviti sukan sebagai gaya hidup rakyat Johor.