Ingat, Bantal Juga Perlu Di Cuci Dalam Jangkamasa COVID-19. Ramai Terlepas Pandang

Sudah berapa tahun anda menggunakan bantal yang sama? Tahukah anda selama anda menggunakannya banyak kotoran seperti debu dan sel-sel kulit mati akan melekat. Bukan itu sahaja, bantal boleh menyerap peluh dan minyak dari kulit tubuh. Jika bantal lembap di bahagian dalam bantal akan ditumbuhi bakteria.

Seperti yang kita tahu, virus COVID-19 yang kini giat menular di merata tempat dan tidak dapat kita lihat dengan menggunakan mata. Mana tahu ada juga virus melekat di bantal kita tanpa kita sedar. Sebab itulah pentingnya mencuci bantal dalam keadaan sekarang untuk memastikan kebersihan sentiasa terjaga.

Ikuti perkongsian ini bagi membantu anda tahu cara untuk mencuci bantal dengan cara yang betul.

PERIKSA BANTAL SEBELUM CUCI

Pentingnya anda memeriksa bantal anda sebelum dibersihkan supaya bantal anda tidak rosak dari dalam dan luar. Ini caranya:

  1. Periksa keadaan bantal terlebih dahulu dengan meratakan bantal isi dalamnya. Kemudian, lipat bantal menjadi dua bahagian dan lepaskan.
  2. Jika bantal kembali ke bentuk asal, ini bererti keadaannya masih elok. Jika tetap terlipat, anda perlu menggantikan lain.
  3. Pastikan jenis isi dalam bantal anda. Bahan yang berbeza-beza seperti kekabu, kapas atau silikon. Ia memerlukan cara membasuh yang berbeza.
  4. Periksa cara membasuh yang terdapat pada label di bantal anda. Setiap bantal fabrik akan mempunyai kaedah tersendiri bagaimana untuk mencuci mengikut kesesuaian bahan bantal tersebut.
  5. Pastikan tiada lubang pada bantal anda untuk mengelakkan isi bantal terburai sewaktu dicuci. Jika ada lubang, tampal atau jahit terlebih dahulu sebelum dicuci.

CARA MENCUCI BANTAL

Ingat, Bantal Juga Perlu Di Cuci Dalam Jangkamasa COVID-19. Ramai Terlepas Pandang

Selepas selesai memeriksa bantal, anda boleh mencuci bantal anda sama ada menggunakan mesin basuh atau cuci guna tangan.

  • Jika anda menggunakan mesin basuh, pastikan ia cukup besar sehingga bantal boleh terendam dalam air sepenuhnya.
  • Gunakan sabun pencuci cair yang ringan dan tidak terlalu banyak.
  • Gunakan air panas, ia boleh membantu membunuh bakteria yang ada.

CARA KERINGKAN BANTAL

Ingat, Bantal Juga Perlu Di Cuci Dalam Jangkamasa COVID-19. Ramai Terlepas Pandang

Setelah selesai mencuci, anda perlu keringkan bantal dengan cara yang betul juga seperti berikut:

  1. Perah bantal dengan cara menekannya. Jangan perah dengan memusingkan bantal kerana risau akan mengubah bentuk asalnya.
  2. Jika anda menggunakan pengering, keringkan dengan angin-angin sahaja.
  3. Jemur bantal
  4. Pastikan bantal kering dengan sempurna baik bahagian luar dan dalam. Bantal yang masih basah dan lembap akan membuatkan bakteria membiak di dalam bantal.

Mungkin ramai di antara kita masih terlepas pandang terhadap pentingnya mencuci bantal. Selalunya kita hanya akan kerap mencuci sarung bantal sahaja. Jangan fikir jika anda sudah cuci sarung bantal, bantal anda juga bersih. Bantal juga perlu dicuci sekurang-kurangnya setahun sekali.

Tambahan lagi pada saat penularan wabak COVID-19 di merata tempat, keraplah cuci bantal anda. Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan. Selamat mencuba!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma