Cara Dapatkan Supplier Bundle Berkualiti & Langkah Penting Mulakan Bisnes Bundle

Bagi yang sudah terbiasa pakai bundle ini, pasti ada juga hasrat untuk tahu bagaimana untuk memulakan bisnes ini. Apatah lagi sekarang ini bisnes juga boleh dilakukan secara online. Tidak perlu ada kedai besar, cukup sahaja menjalankan bisnes ini hanya dari rumah.

Sebenarnya hanya dengan menjalankan perniagaan bundle anda boleh meraih pendapatan lumayan jika mengikut langkah yang betul. Tidak kira latar belakang pendidikan, sesiapa sahaja boleh jalankan perniagaan ini.

Berikut adalah tips dan langkah penting yang boleh anda ikut dalam menjalankan perniagaan bundle secara online ataupun secara offline.

LANGKAH MEMULAKAN BISNES BUNDLE

Tips ini adalah dikongsikan oleh seorang penjual pakaian bundle yang telah berjaya buat duit menerusi bisnes ini. Antara tips memulakan bisnes bundle adalah:

1. Tentukan Jenis Pakaian Yang Ingin Dijual

Contohnya jika anda ingin menjual pakaian terpakai atau pakaian bundle kanak-kanak dan lelaki, makan tumpukan kepada jenis pakaian tersebut sahaja.

Langkah Penting Memulakan Bisnes Bundle & Cara Dapatkan Supplier Bundle Berkualiti

2. Cari Supplier

Ambil dalam kuantiti yang diinginkan. Untuk test market, disarankan menggunakan pakaian lama milik anda sendiri. Lihat samada sambutan terhadap jualan itu ada. Mesti ada permintaan, baru boleh menjual.

3. Asingkan Stok Ikut Gred

Apabila stok sudah berada di tangan, asingkan pakaian-pakaian tersebut mengikut gred rendah dan tinggi. Asingkan pada 2 bakul yang berlainan. Proses ini adalah untuk memudahkan anda untuk mengelaskan harga bagi pakaian-pakaian tersebut.

4. Sediakan Bakul Ikut Kategori

Kategorikan bakul-bakul tersebut dalam kategori gred rendah dan tinggi:

1. Untuk penyediaan bakul kategori atau gred rendah:

  • Jika baju tersebut bewarna putih/cerah, basuh baju tersebut kerana kadang-kadang kotoran itu hanyalah kotoran biasa yang boleh keluar sekiranya dicuci.
  • Jika baju tersebut didapati berlubang kecil, gunakan kreativiti anda untuk menampal lubang tersebut. Anda boleh menampal iron on di atas baju tersebut atau boleh menjahit butang yang cantik di atas lubang tersebut. Proses ini dipanggil repair process.
  • Selain daripada itu, anda juga boleh menukarkan baju tersebut kepada barang-barang lain seperti kraftangan, dompet, pembalut buku, beg tangan, cadar dan banyak lagi. Barang-barang ini boleh dijual dengan harga yang tinggi setelah diperbaiki. Gunakan kreativiti anda.

2. Untuk kategori gred tinggi:

  • Anda boleh terus menjual baju-baju ini. Pakaian gred tinggi – nampak seperti baharu, tidak berlubang atau bertampal atau cacat pada bahagian-bahagian tertentu.

5. Sediakan Mannequin (patung pameran)

Langkah Penting Memulakan Bisnes Bundle & Cara Dapatkan Supplier Bundle Berkualiti

Untuk permulaan perniagaan bundle atau baju terpakai online, amat disarankan agar menggunakan mannequin yang murah terlebih dahulu. Mannequin ini boleh didapati di kedai-kedai menjual rak-rak kedai pakaian, kedai hanger dan sebagainya. Ia boleh didapati dengan harga serendah RM5.

6. Ambil Gambar Pakaian Yang Dipakaikan Pada Mannequin

Sebelum mengambil gambar baju yang dipakaikan tersebut, pastikan anda hilangkan kedutan pada baju terlebih dahulu. Langkah ini penting untuk memastikan pakaian yang dijual sentiasa nampak cantik kemas dan menarik untuk dipakai.

Cuba hiaskan sedikit dan sedondonkan dengan aksesori. Kalau boleh kenakan juga dengan fesyen-fesyen terkini.

Langkah Penting Memulakan Bisnes Bundle & Cara Dapatkan Supplier Bundle Berkualiti

7. Ambil Ukur Pakaian

Penting untuk anda ambil ukuran setiap pakaian yang hendak dijual. Masukkan ke dalam deskripsi atau info setiap pakaian anda.  Ukur saiz baju dari bahu ke bahu, serta panjang baju untuk dimasukkan sekali dalam deskripsi.

8. Wujudkan Platform Untuk Promosikan Pakaian Bundle

Wujudkan kedai online untuk perniagaan anda. Anda boleh gunakan Facebook, Instagram, Tweeter atau Shopee untuk perniagaan anda.

CARA DAPATKAN SUPPLIER BUNDLE BERKUALITI

Nak dapatkan pembekal bundle yang berkualiti memang susah. Memang tidak dapat dinafikan ramai pembekal bundle di luar sana. Tetapi kebanyakkannya jual dalam bentuk seguni dan pakaian yang kita dapat adalah mengikut nasib. Kita tidak boleh memilih pakaian yang kita inginkan.

Langkah Penting Memulakan Bisnes Bundle & Cara Dapatkan Supplier Bundle Berkualiti

Kalau dapat yang bagus, untunglah. Kalau dapat pula banyak yang tidak elok, rugilah kita. Macam mana nak dapatkan supplier yang membekalkan bundle yang berkualiti?

Tahu tak, sebenarnya ada satu pembekal yang tidak menjual barang dan pakaian bundle dalam bentuk seguni. Mereka jual sehelai-sehelai, jadi anda boleh pilih setiap barang bundle yang anda mahu!

Nak tahu di mana pembekal jenis ini bersembunyi? Mudah sahaja, anda hanya perlu dapatkan ebook LUBUK BUNDLE untuk tahu rahsia mendapatkan bundle yang berkualiti.

Langkah Penting Memulakan Bisnes Bundle & Cara Dapatkan Supplier

EBOOK LUBUK BUNDLE

Jika anda dapatkan ebook ini, pelbagai ilmu yang anda akan peroleh. Sangat sesuai untuk yang ingin memulakan perniagaan bundle! Tak perlu pening kepala fikir nak cari supplier yang bagus. Semuanya sudah tertulis dalam ebook ini.

Bukan itu sahaja, pelbagai ilmu lain seperti tips penting dalam bisnes bundle dan barangan HOT yang laku dijual juga diberikan jika anda dapatkan ebook ini.

Langkah Penting Memulakan Bisnes Bundle & Cara Dapatkan Supplier

APA ADA DALAM EBOOK LUBUK BUNDLE?

Panduan secara langkah demi langkah, dari mula perancangan untuk ke Thailand,  persiapan-persiapan yang perlu dilakukan, dari segi bajet, jadual perjalanan, cara nak pergi ke lokasi Lubuk X tersebut, hinggalah kepada cara nak beli, bungkus & hantar barang tu sampai ke depan pintu rumah anda di Malaysia! Memang complete!

Antara perkara penting yang ditulis dalam ebook ini adalah:

  • Lokasi sebenar Lubuk X di peta Thailand
  • Cara pergi ke Lubuk X menerusi laluan di utara, pantai timur dan juga laluan udara menaiki Kapal terbang dari KLIA
  • Ada 10 perkara yang perlu anda persiapkan sebelum memulakan perjalanan anda ke Lubuk X, tertinggal salah satu dari 10 perkara ini! Perjalanan anda ke lubuk X mungkin akan menjadi bencana!
  • Bila dah sampai ke Lubuk X, nak duduk kat mana? Nak makan kat mana? Makan apa? Jangan risau! Semua ditunjukkan di dalam ebook ini tempat bermalam yang selesa dan murah serta  kedai makan yang halal di sana!
  • 12 jenis barangan bundle yang anda boleh borong dari Lubuk X dan jual ia di Malaysia
  • Bila dah tahu nak beli apa, tibalah masanya untuk membeli. Tapi kalau anda tak pandai cakap thailand, macam mana nak beli? Jangan risau! Ebook ini lengkap tunjukkan cara bagaimana cara borong berguni-guni barangan bundle di Lubuk X ini walaupun tak pandai cakap thailand langsung!
  • Lepas dah borong macam mana nak hantar ke Malaysia? Ada 2 cara, semuanya ditunjukkan dalam ebook ini.

2 BUAH EBOOK BONUS SPECIAL PERCUMA

Jika dalam ebook utama diajarkan cara dapatkan barang bundle dari Thailand, lain pula yang diajar dalam 2 buah ebook bonus special ini.

Bonus Pertama

Langkah Penting Memulakan Bisnes Bundle & Cara Dapatkan Supplier

Dalam ebook bonus pertama ini diajarkan tips untuk jual barang-barang bundle anda. Ada 7 lokasi strategik untuk anda menjual barang-barang bundle anda. Setiap lokasi mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Dengan mengetahui lokasi-lokasi strategik ini, anda boleh terus pilih nak jual di lokasi yang mana satu dan maintain berniaga disitu!

Bukan itu sahaja, Dalam ebook bonus ini juga, diberikan 4 Tips Emas jika anda mahu membuka Kedai Bundle anda sendiri. Dengan mengetahui tips-tips emas ini, ianya dapat mengelakkan anda tersilap langkah dan kerugian beribu-ribu ringgit sewaktu membuka kedai kelak!

Bonus Kedua

Langkah Penting Memulakan Bisnes Bundle & Cara Dapatkan Supplier

Dalam ebook bonus kedua ini, dikongsikan  5 jenis barang bundle yang hot dan senang untuk dijual. Kalau anda baru nak start bisnes bundle ini, anda boleh fokus dengan menjual 5 benda ini sahaja. Insyallah laju sahaja stok akan habis di kedai anda.

DAPATKAN EBOOK LUBUK BUNDLE SEKARANG!

Langkah Penting Memulakan Bisnes Bundle & Cara Dapatkan Supplier

Jika anda berminat dengan ebook yang ditawarkan ini, anda boleh dapatkan sekarang dengan harga RM70 SAHAJA. Dengan harga serendah ini, pelbagai ilmu yang anda peroleh termasuk 2 bonus istimewa yang disebutkan tadi. Dapatkan sekarang sementara harga masih serendah ini kerana harga ini mungkin tidak akan kekal selamanya.

Confirm tidak menyesal!

Klik butang di bawah untuk membeli ebook Lubuk Bundle.

KLIK UNTUK ORDER LUBUK BUNDLE

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma