Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Kepentingan Membuat Penamaan KWSP & Kesan Jika Tidak Buat Penamaan Setiap Ahli Perlu Tahu

Oleh Cikgu Shaari • March 2, 2022 • 2 min baca

Kepentingan Membuat Penamaan KWSP & Kesan Jika Tidak Buat Penamaan Setiap Ahli Perlu Tahu
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Apabila anda membuat penamaan, anda memilih individu atau institusi untuk menerima dan mentadbir simpanan KWSP anda sekiranya anda meninggal dunia. Anda boleh buat perancangan awal dengan membuat penamaan anda bagi mengurangkan kesulitan dan juga untuk memastikan mereka mendapat jaminan kewangan selepas anda meninggal dunia.

Banyak tau kepentingan Ahli membuat penamaan ni! Jangan ambil mudah, kegagalan Ahli meletakkan penama akan memberi kesusahan kepada waris pada masa akan datang. Ajal dan maut boleh datang bila-bila sahaja. Jadi, kenapa anda nak rumitkan urusan yang boleh dipermudahkan?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui penetinggan membuat penamaan KWSP dan kesan sekiranya Ahli KWSP tidak meletakkan penama.

HANYA PENAMA SAHAJA LAYAK

Tahu tak Sijil Mati dan Surat Nikah tidak cukup untuk membolehkan seseorang keluarkan duit simpanan arwah? Kebanyakan orang tidak perasan bahawa mereka tidak meletakkan penama untuk akaun EPF mereka.

Seseorang tidak boleh keluarkan wang arwah sesukahati jika arwah tidak meletakkan penama. Hanya penama sahaja layak membuat pengeluaran. Ini adalah prosedur standard mana-mana institusi kewangan.

Baca juga: Elak Makan Duit Haram, Ini Cara Bahagikan Duit KWSP Si Mati Ikut Faraid. Bukan Penama Sahaja Dapat 

IMPLIKASI AHLI MEMBUAT PENAMAAN DAN TANPA PENAMAAN

Berikut adalah kepentingan setiap Ahli membuat penamaan KWSP dan kesan sekiranya tidak buat penamaan:

Kepentingan Membuat Penamaan

  • Memudahkan waris menguruskan simpanan KWSP selepas ahli meninggal dunia
  • Memudahkan proses Pengeluaran Kematian dibuat oleh waris yang dinamakan
  • Mengurangkan konflik dikalangan ahli keluarga berkaitan dengan agihan simpanan KWSP
  • Memupuk nilai-nilai murni serta kasih sayang terhadap ahli keluarga

Kesan Jika Tiada Penama

  • Kesukaran waris untuk berurusan mengeluarkan simpanan KWSP ahli kerana perlu mendapatkan Surat Kuasa (Pengeluaran Kematian Tanpa Penamaan)
  • Proses Pengeluaran Kematian menjadi lebih panjang. Pelbagai dokumen sokongan perlu disertakan
  • Kelangsungan hidup waris terdekat ahli terjejas
  • Konflik dikalangan ahli keluarga boleh berlaku

Tunggu apa lagi? Urusan untuk membuat penamaan ini mudah sahaja kerana sekarang penamaan boleh dibuat secara atas talian. Jangan biarkan harta simpanan anda sukar dikeluarkan oleh waris untuk keperluan mereka hanya disebabkan kelalaian anda membuat penama pada masa sekarang.

Rujuk: Semak Syarat Penamaan & Panduan Buat Penamaan KWSP 

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.