Iltizam Selangor Sihat: Tawaran Bantuan Rawatan Sehingga RM500 Buat B40

Iltizam Selangor Sihat (ISS) menyasarkan seramai 100,000 pemohon dan keluarga berdaftar untuk memastikan penerimaan rawatan asas dan manfaat perlindungan. Seperti dimaklumkan, seramai 83,537 penduduk negeri ini telah didaftarkan setakat 7 Disember 2022.

Memberi kemudahan kepada rakyat Selangor yang berpendapatan rendah (B40) dalam mendapatkan rawatan asas kesihatan & vaksinasi, dan tambahan manfaat perlindungan takaful/insurans bagi tujuan membantu ahli/keluarga dalam kelangsungan hidup dan memanfaatkan bagi mendapatkan rawatan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran manfaat Iltizam Selangor Sihat dan panduan buat permohonan.

MANFAAT ILTIZAM SELANGOR SIHAT

Penduduk B40 di Selangor akan diberi bantuan seperti berikut:

  • Bantuan rawatan asas sehingga RM500
  • Perlindungan insurans sehingga RM5,000
  • Serta khairat kematian RM1,000

KATEGORI PENERIMA

Antar apenerima yang layak terima bantuan ini adalah:

  • Kategori Keluarga:
    Pendapatan isi rumah RM 3,000.00 dan mempunyai tanggungan berusia 21 tahun(pelajar) ke bawah.
  • Kategori Individu:
    Pendapatan isi rumah RM 2,000.00 kebawah/Pemegang Kad OKU/Warga Emas (Umur 65 ke atas)

Pemohon juga mestilah adalah pemilih/pengundi dan bermastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Antara dokumen yang diperlukan untuk buat permohonan adalah:

  • Borang Permohonan Iltizam Selangor Sihat
  • Salinan Slip gaji / pencen terkini / EA / KWSP/ Akuan Pendapatan
    Salinan K/P pemohon dan tanggungan (*anak bawah 21 tahun)(bagi permohonan kategori keluarga)
  • Salinan kad OKU (Jika ada)
  • Salinan SPR semakan Pemohon Utama

PERMOHONAN BAHARU

Untuk permohonan baharu, anda diminta muat naik borang permohonan di bahagian Daftar Manual di laman web www.pedulisihat.com dan hantarkan permohonan lengkap ke Pejabat ADUN/ Penyelaras ADUN berdekatan.

Semak senarai alamat pejabat Ahli Dewan Negeri Kerajaan dan Penyelaras Dun di bawah:

SENARAI ALAMAT PEJABAT AHLI DEWAN NEGERI KERAJAAN DAN PENYELARAS DUN

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pusat panggilan 24 jam kami di 1-800-22-6600.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma