ILTIZAM Professional Development Program: Mohon Latihan Kerjaya Buat Graduan. Gaji Tetap RM2,500 Diberi
Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) sekali lagi membuka peluang kepada graduan bumiputera menyertai program untuk membina kerjaya serta menimba pengalaman bekerja sebagai Executive Trainee. Pelatih juga diberi pendedahan on the job training selama setahun ditempatkan di syarikat-syarikat portfolio dan rakan kerjasama Ekuinas.
Jangan lepaskan peluang ini! Inilah peluang anda untuk membina kerjaya, meningkatkan kemahiran kerja sekaligus meningkatkan kebolehpasaran kerja pada masa akan datang. Program ini khusus untuk graduan mengetahui keadaan sebenar bekerja.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan cara buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama Majikan: ILTIZAM bersama Ekuinas
- Nama program: ILTIZAM Professional Development Programme (PDP)
- Jenis latihan: Executive Trainee
- Tempoh program: 12 bulan
- Tarikh tutup: 30 September 2022
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Bumiputera Malaysia
- Umur maksimum 28
- Pemohon mesti memiliki Ijazah Sarjana Muda. Ini boleh dalam disiplin apa pun, dengan PNGK minimum 3.0 dari IPTA / IPTS Tempatan
- Pendapatan Bulanan Isi Rumah Kasar tidak melebihi RM5,000 (termasuk elaun, pencen, bonus atau pendapatan lain)
FAEDAH PROGRAM
Antara faedah mengikuti program ini adalah:
- Bergaji setiap bulan RM2,500 sepanjang tempoh latihan beserta faedah KWSP & Perkeso
- Latihan Insentif modul kemahiran insaniah
- Perlindungan insuran yang menyeluruh
- Latihan sambil bekerja selama 12 bulan. Modul latihan berstruktur untuk kemahiran insaniah, teknikal dan kepimpinan serta pembangunan kendiri
STRUKTUR PROGRAM
Para graduan yang berkelayakan akan mengikuti program seperti berikut:
- Latihan Semasa Kerja
- Pengalaman Kerja
- Pembangunan Diri
- Modul Latihan Berstruktur
- Coaching dan Mentoring
- Semakan Kemajuan (pembangunan kemajuan untuk 1 tahun)
SYARIKAT TERLIBAT
Antara syarikat yang terlibat menawarkan latihan melalui program ini adalah:
- Habib Jewels Sdn Bhd
- Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd
- Dagang Nexchange Berhad
- Malayan Flour Mills Berhad
- ANZ Engineering Sdn Bhd
- Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
- Tenby Schools Malaysia
- Ahlan Academy for Excellence Sdn Bhd
- Efficient Frontier Consulting Sdn Bhd
- Coach2Success Consultancy Sdn Bhd
- Cosmopoint Sdn Bhd
- UNITAR International University
- Malaysian Gas Association
- Alfameli Sdn Bhd
- MyParcel Asia Sdn Bhd
- GFM Services Berhad
- TresGo Sdn Bhd
- HATI International Sdn Bhd
- SOCIO Intelligence Sdn Bhd
- Desaru Development Holdings One Sdn Bhd
- Alam Flora Sdn Bhd
- Wetlands International
- Ethis Ventures Sdn Bhd
- MaySky (M) Sdn Bhd
- Zaahara Ventures Sdn Bhd
- Z&SR Architechtural Ventures Sdn Bhd
- Chartered Institute of Islamic Finance Professionals
- EYTC Group and Resources Sdn Bhd
- MedKad Sdn Bhd
- NanoC Ventures Sdn Bhd
- The ECEOs Sdn Bhd
- Revenue Valley Sdn Bhd
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pemohon perlu memuat naik salinan dokumen berikut bagi melengkapkan permohonan:
- Kad pengenalan
- Gambar berukuran pasport
- Resume terkini
- Surat beranak
- Surat beranak/ kematian (Ibu & Bapa)
- Sijil Pelajaran (SPM/ Setaraf, Diploma/ Setaraf, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Profesional)
- Transkrip Keputusan (Diploma/ Setaraf, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Profesional)
- Borang BE/ EA untuk tahun 2020 atau slip gaji 3 bulan terakhir atau bukti pendapatan lain (Pemohon, bapa, ibu, penjaga, pasangan)
CARA MOHON
Graduan yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mohon program yang ditawarkan boleh buat permohonan sekarang dengan sediakan dokumen yang dinyatakan di atas dan buat permohonan secara online melalui pautan berikut:
Dokumen yang dimuat naik mestilah jelas dan berwarna. Pastikan anda buat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 30 September 2022. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web https://iltizam.ekuinas.com.my/pdp/.