Iltizam Anak Selangor: Mohon Bantuan RM100 Setiap Tahun Untuk Kelahiran Anak Selangor

Dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2022 pada sidang Dewan Negeri Selangor pada 26 November 2021 lalu, Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari telah memaklumkan pelaksanaan semula Skim Iltizam Anak Selangor. Sejumlah RM3 juta diperuntukkan bagi melaksanakan Skim Iltizam Anak Selangor yang menyasarkan penyertaan 30,000 kanak-kanak di Selangor.

Kanak-kanak yang memohon dan berkelayakan akan diberikan manfaat kewangan setiap tahun bagi tempoh 5 tahun. Program itu diperkenal kerana pentingnya mengurus kewangan yang mampan di peringkat isi rumah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut manfaat Iltizam Anak Selangor.

SKIM ILTIZAM ANAK SELANGOR

Menyedari kepentingan pengurusan kewangan yang mampan di peringkat isi rumah, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan skim baharu Iltizam Anak Selangor yang akan disertai dengan pembukaan akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime bagi anak-anak yang baru lahir di negeri Selangor.

Seramai 30,000 anak-anak yang memohon akan diberikan manfaat:

  • RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun (RM500)

Wang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan oleh kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan keatas

TEMPOH PERMOHONAN PROGRAM ILTIZAM ANAK SELANGOR

Permohonan Program Iltizam Anak Selangor boleh dibuat secara dalam talian pada:

  • bermula 1 Ogos 2022

Tempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor. Permohonan baru akan ditutup dengan serta-merta apabila mencapai jumlah permohonan tersebut.

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan Program Iltizam Anak Selangor hanya dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Anak lahir bermula tahun 2022
  • Warganegara Malaysia
  • Anak lahir di Selangor
  • Penjaga menetap di Negeri Selangor
  • Penjaga merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Sijil Kelahiran anak
  • Salinan MyKad Penjaga
  • Salinan SPR
  • Sekiranya bukan IBU/ BAPA
    – Surat Perakuan Anak Angkat (Sekiranya Anak Angkat)
    – Surat Akuan Sumpah (selain bukan anak angkat)

Sila Muat Naik Dokumen yang lengkap dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan. Sekiranya Dokumen yang di muat naik dokumen tidak lengkap. Permohonan tidak akan diproses dan permohonan digagalkan secara automatik.

CARA MOHON

Sekiranya anda ingin buat permohonan program bantuan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan ikut panduan berikut:

  1. Pergi ke laman https://anas.yawas.my/
  2. Masukkan Maklumat No. MyKid Anak di ruangan disediakan dan klik Semak
  3. Jika maklumat anak tidak berdaftar di bawah program Iltizam Anak Selangor, anda boleh mula buat pendaftaran sekarang dengan klik Mohon Sekarang

  4. Baca maklumat permohonan dan lengkapkan permohonan sehingga selesai
  5. Muat naik dokumen sokongan dalam tempoh 14 hari

Untuk maklumat lebih lanjut berkenan Program Iltizam Anak Selangor, anda bolerh rujuk di laman web https://anas.yawas.com.my/.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma