Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Ikhtisas Smart Selangor: Tawaran Kursus Krew/ Operator Halal Dengan Elaun RM200 Sebulan & Jaminan Pekerjaan

Oleh Cikgu Shaari • December 7, 2020 • 2 min baca

Ikhtisas Smart Selangor: Tawaran Kursus Krew/ Operator Halal Dengan Elaun RM200 Sebulan & Jaminan Pekerjaan
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan Negeri Selangor di bawah inisiatif Smart Selangor menawarkan tajaan Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor buat rakyat Selangor yang berminat untuk mendalami ilmu dalam bidang kemahiran.

Pengambilan bagi kursus krew/ operator Halal kini dibuka. Peserta program akan mendapat pelbagai manfaat selepas tamat pengajian. Kemahiran yang bakal dipelajari pasti membolehkan peserta memasuki peluang pekerjaan yang ada.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan kursus yang ditawarkan.

KURSUS DITAWARKAN

  • Krew/ Operator Halal

KELEBIHAN PROGRAM

Antara kelebihan menyertai program IKTISASS adalah:

    • Tajaan penuh Kerajaan negeri Selangor
    • Elaun Sara Diri RM200 sebulan
    • Asrama dan makan disediakan
    • Pensijilan diiktiraf industri
    • Jaminan pekerjaan setelah tamat kursus

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Pemohon, ibu bapa adalah Warganegara
  • Pemohon atau ibu bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor
  • Pemohon telah bermaustatin lebih 11 tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN, Penghulu, Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung, Pengerusi Taman perumahan dan lain-lain yang diiktiraf oleh Kerajaan
  • Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan lulus lima subjek teras termasuk Bahasa Melayu
  • Pemohon lulus temuduga yang diurus setia oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (jika ada)
  • Calon digalakkan berkhidmat di institusi atau industri di Negeri Selangor

CARA MEMOHON

Tarikh tutup permohonan kursus ini adalah pada 15 Disember 2020. Sekiranya berminat, dapatkan borang permohonan program di bawah:

borang permohonan ikhtisass

Borang permohonan yang lengkap mestilah dihantar terus ke Pejabat Setiausaha negeri Selangor di alamat berikut:

  • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
    Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
    40503 Shah Alam
    Selangor Darul Ehsan
    *(u.p. : Unit Pendidikan Tinggi)*

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Puan Madihah di talian 013 5209295 atau email ke alamat madihah.kuiscell@kuis.edu.my, Cik Nurul Syuhada di talian 018 3718828 atau email ke alamat syuhada@halal-academy.com.

Ikhtisas Smart Selangor: Tawaran Kursus Krew/ Operator Halal Dengan Elaun RM200 Sebulan & Jaminan Pekerjaan

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.