Ibu Bapa Buat 5 Perkara Ini, Gerenti Boleh Bantu Anak Belajar Di Rumah
Ibu bapa yang mempunyai kemudahan alat telekomunikasi seperti telefon bimbit dan internet adalah digalakkan untuk pastikan anak-anak mengikuti pembelajaran secara dalam talian, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Langkah ini perlu, bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam pembelajaran masing-masing. Walaupun ada sesetengah kawasan tidak mempunyai kemudahan internet, inisiatif perlu dilakukan termasuk menggunakan kemudahan bagi saluran TV Pendidikan, untuk mengikuti pembelajaran.
Selain daripada membiarkan anak-anak belajar secara dalam talian bersama guru, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam membantu anak belajar di rumah.
Isi Kandungan
BUAT 5 PERKARA INI UNTUK BANTU ANAK BELAJAR DI RUMAH
1 Ambil Alih Peranan guru Di Rumah
Bermula dengan kekurangan akses internet oleh ibu bapa dan pelajar, pembelajaran secara atas talian ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terbukti menjadi cabaran kepada guru yang berjuang untuk memastikan kelas berterusan walaupun berlaku krisis disebabkan pandemik Covid-19.
Namun ini bukan menjadi penghalang untuk anak-anak tidak belajar ketika berada di rumah. Ibu bapa perlu ambil alih peranan menjadi guru kepada anak-anak sepanjang tempoh PKP. Cari masa contohnya pada pukul 2 hingga 4 petang untuk belajar bersama anak-anak.
2 Aktif Sediakan Bahan Pembelajaran
Ketika menjadi guru kepada anak-anak tak akan nak ajar kosong sahaja? Bosanlah mereka nanti. Untuk menarik minat mereka untuk terus belajar, sediakan bahan pembelajaran yang menarik dan yang penting bersesuaian dengan apa yang mereka belajar di sekolah.
3 Berhubung Rapat Dengan Guru Sekolah
Untuk mengetahui apa yang anak-anak belajar di sekolah, ibu bapa perlulah beruhubung rapat dengan guru sekolah mereka. Kalau boleh, minta salinan bahan pembelajaran yang berkaitan dengan anak-anak daripada guru sekolah kerana seorang guru pastinya lebih tahu apa yang patut diberi kepada pelajar untuk mengajar mereka.
Ibu bapa juga boleh meminta tips daripada guru tentang pembelajaran anak-anak. Jangan risau, seorang guru yang bagus pasti akan berkongsi dan membantu ibu bapa dalam mengajar anak di rumah.
4 Guide Anak Dengan Penggunaan Gadget Yang Betul
Ibu bapa juga boleh ajar anak menggunakan gadjet dengan cara yang betul. Namun kita semua tahu pendedahan gadget kepada kanak-kanak di awal usia adalah tidak bagus kerana risau mereka ketagih untuk bermainnya. Jadi apa yang ibu bapa perlu lakukan adalah muat turun aplikasi yang berkaitan pembelajaran dan ajar anak gunakannya.
Hadkan juga masa anak-anak luangkan bersama gadget agar tidak berlebihan kerana gadget ini mempunyai tarikannya yang tersendiri yang kita sendiri pun tidak sedar kita terpedaya. Jika guru menganjurkan kelas secara atas talian, lebih bagus jika ibu bapa ajar gunakannya untuk memudahkan anak berkomunikasi dengan guru.
5 Sediakan Jadual Waktu Belajar Di Rumah
Jika ada guru menetapkan kelas secara atas talian setiap hari sepanjang PKP, baguslah. Jika tidak, pastikan anak-anak anda terlalu leka menganggap tempoh PKP ini sebagai cuti persekolahan. Atur jadual harian mereka dan pastika mereka turutinya. Dalam jadual tersebut, pastikan terselitnya waktu belajar sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam dalam sehari.
Ibu bapa jangan pula lupa dengan jadual yang ditetapkan. Jika ibu bapa lupa, anak-anak lagi lah lupa. Jika tiba waktu belajar, ajak anak-anak untuk belajar sekali. Sentiasa tepati masa dan jangan tangguh kerana percayalah semakin tangguh, semakin tak jadilah perancangannya.
Bagi ibu bapa yang masih perlu bekerja sepanjang tempoh PKP ini, jangan pernah menganggap kehadiran anak sebagai gangguan anda untuk bekerja. Sebaliknya ambillah peluang ini untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Jika anda perlu buat kerja, ajak anak buat kerja sekali.
Jangan terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabaikan anak-anak di rumah. Semoga bermanfaat!