Berdosa Ke Kalau Tidak Keluar Mengundi? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idris Mengenai Hukumnya

Umat Islam jangan ambil mudah ya! Pilihan Raya Umum (PRU) hanya dilaksanakan 5 tahun sekali sahaja bagi memberi peluang untuk rakyat Malaysia membuat pilihan pemimpin yang betul-betul layak. Anda sebagai rakyat yang ada HAK untuk memilih, anda mestilah melaksanakan kewajiban ini.

Jangan sesekali menganggap mengundi ini satu perkara yang menyusahkan. Tidak dinafikan pasti ramai yang terfikir untuk tidak keluar mengundi dengan alasan jauh dan sebagainya. Satu undian anda sangat berharga!

Nak tahu hukum tidak mengundi? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui hukummnya mengikut penjelasan Ustaz Azhar Idrus.

HUKUM TIDAK KELUAR MENGUNDI

Soalan: Apakah hukum sekiranya tidak keluar mengundi?

Berikut adalah penjelasan Uszat Azhar Idrus:

Mengundi ini adalah untuk melantik kerajaan, jika seseorang tidak mengundi maka mana-mana kerajaan yang naik semuanya untuk menegakkan Islam dan keadilan. Jadi tak wajib untuk mengundi. Faham.

Tak mengundi pun, tiga parti ini masuk. Tiga-tiga ini semua menegakkan Islam dan keadilan bersama rakyat. Tak mengundi tak apa. Mana-mana betul.

Contohnya, ada tiga orang untuk diundi jadi imam di masjid.  Tetapi tiga-tiga orang ini layak menjadi imam. Pandai baca, banyak surah hafal maka kalau tak mengundi pun tak apa. Kalau menang salah seorang pun dia akan menjadi imam yang baik.

Tetapi jika seorang sahaja boleh menjadi imam yang lagi dua orang lagi kaki todi. Seorang kaki nombor ekor, seorang tak pernah sembahyang. Dia masuk juga mengundi nak jadi imam. Maka wajib kita beri undi kepada yang layak menjadi imam supaya tak naik dua orang tadi yang akan merosakkan jemaah kita. Faham.

Jadi kalau kita tidak mengundi, maka menang lah musuh-musuh Islam, menang lah orang-orang yang akan merosakkan persaudaraan Islam yang tidak akan menegakkan Al-Quran dan Hadis dalam negara. Maka kita berdosa di hadapan Allah.

KESIMPULANNYA

Kesimpulannya, rakyat Malaysia adalah wajib untuk pergi mengundi bagi membuat pilihan pemimpin yang berkelayakan. Jika tidak keluar mengundi, sama sahaja seperti anda memberi peluang kepada pemimpin yang TIDAK LAYAK mendapat kuasa untuk memerintah.

Semoga bermanfaat!

@ainul_ayra #fypシ #ustazazharidrusofficial #ustazwadiannuar #mengundilahdenganbijak #ustazmuhaizad♥️☝️ #mukmininwalmukminat #musliminmuslimat ♬ original sound – @ainul🥰🍓

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma