Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Pemakaian Batik Setiap Khamis Untuk Penjawat Awam, 3 Disember Diisytiharkan Sebagai Hari Batik Malaysia

Oleh Cikgu Shaari • December 2, 2021 • 2 min baca

Pemakaian Batik Setiap Khamis Untuk Penjawat Awam, 3 Disember Diisytiharkan Sebagai Hari Batik Malaysia
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan 3 Disember sebagai Hari Batik Malaysia yang akan disambut pada setiap tahun. Bagi menyokong usaha itu, kerajaan menetapkan Khamis sebagai Hari Pemakaian Batik Malaysia untuk semua penjawat awam dan seluruh Keluarga Malaysia, termasuk di Parlimen.

Pemilihan tarikh tersebut adalah sebagai penghargaan atas segala sokongan dan usaha yang disumbangkan Allahyarhamah Tun Endon Mahmood iaitu isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi .

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengiktirafan 3 Disember sebagai Hari Batik Malaysia dan penetapan pemakaian batik pada hari Khamis.

3 DISEMBER DIISYTIHAR HARI BATIK MALAYSIA

Kenapa 3 Disember dipilih sebagai Hari Batik Malaysia?

Pemilihan tarikh tersebut adalah sebagai penghargaan atas segala sokongan dan usaha yang disumbangkan Allahyarhamah Tun Endon Mahmood iaitu isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada 3 Disember 2003, Allahyarhamah memulakan sebuah Gerakan Malaysian Batik-Crafted for the World untuk membawa batik tempatan ke arena antarabangsa.

“Saya percaya perisytiharan Hari Batik Malaysia akan dapat menjadi pemangkin kepada pemerkasaan industri kraf batik tempatan dan rantaian pengeluaran industri batik negara,” –  Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PEMAKAIAN BATIK SETIAP HARI KHAMIS

Kerajaan menggalakkan pegawai perkhidmatan awam Persekutuan memakai pakaian batik Malaysia sebagai pakaian bekerja pada setiap Khamis termasuk bagi:

  • menghadiri majlis rasmi dalam atau luar negara,
  • persidangan antarabangsa atau
  • perjumpaan pelawat asing.

Menurut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021 yang diedarkan hari ini, yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, ketetapan pemakaian pakaian batik Malaysia itu TIDAK TERPAKAI kepada:

  • Pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam; atau
  • Menghadiri majlis rasmi yang telah ditetapkan kod pakaian tertentu

Dasar baharu itu juga tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, pemakaian peruntukan Surat Pekeliling Perkhidmatan tersebut dipanjangkan kepada:

  • Semua perkhidmatan Negeri,
  • Pihak Berkuasa Berkanun dan
  • Pihak Berkuasa Tempatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengisytiharkan tarikh 3 Disember setiap tahun sebagai Hari Batik Malaysia bermula tahun ini dan berharap pengisytiharan tersebut dapat menggalakkan seluruh rakyat termasuk pihak swasta dan semua masyarakat berbilang kaum untuk memakai pakaian batik Malaysia.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.