Harga Siling Facemask Dinaikkan. Sehingga RM100 Sekotak Kini.
Untuk makluman harga Facemask atau Topeng Muka kini telah dinaikkan.
Terdapat lima jenis topeng muka yang telah ditetapkan harga maksimum runcit bagi barang harga terkawal.
Isi Kandungan
HARGA LAMA DAN HARGA BARU FACE MASK
Berikutan dengan Perintah Kawalan Harga dan Antipecutan 2011, harga face mask yang ditetapkan dahulu tidak lagi dipakai sekarang.
Harga baru face mask yang akan diguna pakai mulai hari ini adalah seperti berikut:
1 TOPENG MUKA PEMBEDAHAN/PERUBATAN 1 LAPISAN
Topeng muka (pembedahan/perubatan) satu lapisan (gelung telinga) dijual pada harga borong RM5.00 sekotak manakala harga runcit RM7.00 sekotak.
2 TOPENG MUKA PEMBEDAHAN/PERUBATAN 2 LAPISAN
Topeng muka (pembedahan/perubatan) dua lapisan (gelung telinga) pula dijual pada harga borong RM 8.00 sekotak manakala harga runcit RM10.00 @ RM0.20 sen seunit.
3 TOPENG MUKA PEMBEDAHAN/PERUBATAN 3 LAPISAN
Topeng muka (pembedahan/perubatan) tiga lapisan (gelung telinga/gelung kepala) pada harga borong sebanyak RM75.00 sekotak. Manakala harga runcit RM100 sekotak atau RM2.00 seunit
4 TOPENG MUKA PEMBEDAHAN/PERUBATAN 3 LAPISAN IKATAN KEPALA
Topeng muka (pembedahan/perubatan) tiga lapisan (ikatan pada kepala) dengan harga borong sebenayak RM75.00 sekotak. Manakala harga runcit RM100 sekotak atau RM2.00 seunit
5 TOPENG MUKA PEMBEDAHAN/PERUBATAN N95
KPDNHEP juga mengingatkan peniaga bahawa topeng muka (pembedahan/perubatan) N95 dijual pada harga borong sebanyak RM 100.00 sekotak, harga runcit adalah sebanyak RM 6.00 seunit