Harga Renew Lesen Memandu Terkini 2023 & Dokumen Yang Diperlukan Untuk Renew Lesen

Lesen memandu anda tamat tempoh? Walaupun Kerajaan telah memutuskan untuk memberi pengecualian pembaharuan lesen memandu sehingga hujung tahun ini, anda dinasihatkan untuk renew lesen sebaik sahaja tamat tempoh bagi mengelakkan masalah pada masa akan datang.

Anda boleh memperbaharui lesen memandu anda sama ada untuk tempoh 1 tahun ataupun hingga 5 tahun jika anda mahu. Kemudahan pembaharuan lesen memandu juga kini disediakan melalui beberapa kaedah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak harga renew lesen memandu yang terkini 2021 dan beberapa kaedah memperbaharui lesen memandu yang anda perlu tahu.

HARGA PERBAHARUI LESEN MEMANDU

Harga memperbaharui lesen memandu adalah berdasarkan tempoh tahun yang pengguna mahu. Berikut adalah harga renew lesen memandu kereta:

  • 1 Tahun = RM30
  • 2 Tahun = RM60
  • 3 Tahun = RM90
  • 4 Tahun = RM120
  • 5 Tahun = RM150

Harga renew lesen memandu motosikal:

  • 1 Tahun = RM20
  • 2 Tahun = RM40

KAEDAH RENEW LESEN MEMANDU

Berikut adalah beberapa kaedah renew lesen memandu yang boleh anda gunakan:

Secara Walk In

Orang ramai boleh buat pembaharuan lesen memandu secara walk in di mana-mana kaunter berikut:

  • Kaunter JPJ
  • Pejabat Pos
  • UTC

Melalui Portal MySIKAP

Ramai yang tak tahu JPJ ada menyediakan pelbagai kemudahan perkhidmatan JPJ secara online melalui Portal MySikap termasuk pembaharuan lesen.

Rujuk: Senarai 38 Urusan JPJ Yang Boleh Dibuat Online & Cara Daftar MySIKAP

Melalui Portal MyEG

JPJ menyediakan kemudahan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dilakukan secara atas talian melalui Sistem myEG.

Rujuk: Panduan Memperbaharui Lesen Memandu Melalui Portal MyEG

DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK RENEW LESEN

Sekiranya anda nak renew lesen di kaunter JPJ, Pejabat Pos atau UTC, pastikan anda bawa semua dokumen berikut:

  • Kad pengenalan
  • Lesen memandu asal
  • Slip lesen bagi renew kali pertama

PENGECUALIAN PEMBAHARUAN LESEN

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) amat peka dengan maklum balas dan kesukaran orang ramai baru-baru ini dalam menggunakan perkhidmatan agensi-agensi di bawahnya seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

Sehubungan itu, MOT telah memutuskan untuk memberi pelanjutan terhadap tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) sehingga 31 Disember 2021.

Selaras dengan keputusan ini, mana-mana pemilik LKM dan LMM yang telah tamat tempoh sah tidak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan dan pematuhan oleh pihak JPJ serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Baca: Syarat Pengecualian Pembaharuan Lesen Memandu Sehingga Hujung Tahun

Walaubagaimanapun, orang ramai yang berkemampuan dinasihatkan untuk buat pembaharuan sebaik sahaja tamat tempoh bagi mengelakkan sebarang masalah kesesakan berlaku selepas tamat tempoh pengecualian dan memudahkan urusan masing-masing.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma