Harga Daftar Lesen Memandu Kereta & Motosikal Terkini 2021
Ketahui harga bayaran untuk Pembelajaran dan Latihan untuk mendapatkan lesen memandu kereta dan motosikal yang terkini tahun 2021 bagi yang bercadang untuk mendapatkan lesen memandu setelah cukup umur. Harga yang dikongsikan ini adalah berdasarkan struktur kadar harga di Institut Memandu.
Anda sudah mencapai 16 tahun dan melepasi usia mengikut tarikh lahir? Anda kini layak mendapatkan lesen motosikal B2 ataupun superbike BFull kuasa 500cc.
Sekiranya anda sudah cukup umur 17 tahun pula, anda layak mendapatkan lesen memandu kereta sama ada transmisi automatik ataupun manual.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui harga terkini kelas lesen memandu.
Isi Kandungan
HARGA LESEN MEMANDU KERETA & MOTOSIKAL TERKINI 2021
Untuk makluman anda, harga yang ditawarkan mungkin berbeza setiap Institut Memandu kerana terdapat kos operasi, sewa kenderaan, pekerja sokongan dan sebagainya bagi memastikan pelajar mendapat pembelajaran terbaik.
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) melalui Jawatankuasa Pelesenan Institusi Memandu (JKPIM) telah menetapkan Harga Siling bagi Struktur Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan di Institut Memandu (IM) untuk pengguna jalan raya mendapatkan lesen memandu yang sah.
Harga Lesen Memandu
Motosikal:
- B2: Lesen Motosikal Tidak Melebihi
Harga Siling: RM350
Anggaran Harga: RM350 hingga RM450 - B: Lesen Motosikal Melebihi 500cc
Harga Siling: RM900
Anggaran Harga: RM900 hingga RM1,100
Kereta:
- D: Lesen Kereta Transmisi Manual
Harga siling: RM1,150
Anggaran harga: RM1,150 hingga RM1,300 - DA: Lesen Kereta Transmisi Automatik
Harga siling: RM1,250
Anggaran harga: RM1,250 hingga RM1,500
HARGA SILING VS ANGGARAN HARGA
Harga Siling
Harga siling adalah harga Struktur Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan di Institut Memandu (IM) yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Anggaran Harga
Anggaran harga adalah maklumat lingkungan harga munasabah sekiranya Institut Memandu mengenakan Struktur Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan lebih tinggi daripada harga siling yang dinyatakan. Sekiranya harga yang dikenakan lebih tinggi daripada anggaran harga yang dinyatakan, lebih baik anda membuat tinjauan di Institut Memandu lain yang mungkin lebih murah.
Biasanya caj tambahan dikenakan apabila institusi memandu perlu mengambil dan menghantar pelajar untuk sesi latihan.
Sekiranya anda tidak mahu dikenakan caj yang mahal, lebih baik anda buat survey harga di institusi memandu yang ada terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk daftar.
Semoga bermanfaat!