Senarai Harga Baru Roti Gardenia Mulai 1 September 2022
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti dan kecekapan bagi memastikan bekalan yang optimum dan harga yang berpatutan untuk produk mereka di Malaysia.
Namun atas beberapa faktor, pihak syarikat roti terkenal yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai ini terpaksa menaikkan harga bagi roti-roti tertentu mulai 1 September 2022.
Isi Kandungan
FAKTOR KENAIKAN HARGA
Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, GBKL telah mengalami kenaikan kos luar biasa dari segi kos pembuatan dan kos bahan mentah yang berada di luar kawalan pihak syarikat. Selama ini GBKL menyerap kos kenaikan tersebut dan kini GBKL tidak mempunyai alternatif lain kecuali untuk melaksanakan semakan semua harga produk-produk Gardenia terpilih yang akan berkuatkuasa:
- mulai 1 September 2022.
Perubahan harga ini dibuat oleh sebab kenaikan harga bahan-bahan mentah seperti lemak sayuran, serbuk koko, susu serta kos pembungkusan dan lain-lain lagi.
SENARAI HARGA BARU ROTI GARDENIA
Atas sebab faktor-faktor tersebut, antara produk Gardenia yang mengalami perubahan harga adalah seperti berikut:
Fokus GBKL kini tertumpu kepada usaha untuk terus mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan di kilang-kilang mereka. Gardenia percaya bahawa kenaikan harga adalah langkah terakhir semua usaha digembleng terlebih dahulu.
Gardenia akan sentiasa komited untuk mengekalkan kualiti produk ditahap yang optimum untuk kepuasa semua pelanggan dan pengguna. Gardenia amat menghargai sokongan yang berterusan daripada anda. Untuk sebarang keterangan lanjut atau bantuan, sila hubungi talian bebas tol 1800 88 3228.