COVID-19: Harga Barang Di Kawasan Anda Meningkat? Jom Adukan ke Terus Ke eAduan KPDNHEP. Isi Borang Ini

Ada sedar yang harga barang keperluan utama di pasaraya di kawasan sekitar anda meningkat secara mendadak dan melambung tinggi? Barang keperluan juga tidak mecukupi? Dalam keadaan gawat yang menyebabkan semua orang memerlukan barang keperluan setiap hari, pasti ada peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan.

Kita sebagai pengguna, walaupun harga barangan mahal, terpaksa juga beli disebabkan oleh terdesak memerlukan barang keperluan berikut.

Namun tahukah anda sebenarnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ada menyediakan landasan mudah bagi membantu pengguna melaporkan aduan hanya dengan menggunakan khidmat eAduan KPDNHEP?

Ikuti perkongsian di bawah untuk cara mudah membuat aduan kepada KPDNHEP mengenai masalah anda.

CARA MEMBUAT ADUAN

Pelbagai saluran telah disediakan bagi pengguna membuat aduan kepada KPDNKK:

  1. Membuat aduan secara online di eAduan KPDNHEP
  2. Memuat turun Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU
    Google Play
    App Store
  3. Talian hotline di 1-800-886-800
    Pengadu hendaklah menyediakan maklumat-maklumat berikut semasa membuat aduan secara talian hotline untuk kemudahan komunikasi bagi tujuan penyiasatan.No. Kad Pengenalan
  • Nama Penuh
  • No. Telefon
  • Emel Pengadu ( jika ada)
  • Nama Premis Pengadu
  • Alamat Premis.
  • Keterangan Aduan.
  • Dan beberapa maklumat yang diperlukan mengikut kategori aduan yang dikemukakan.

4. Hadir sendiri ke mana-mana pejabat / cawangan KPDNKK yang berhampiran

Apa lagi, jom suarakan hak anda sebagai pengguna dengan membuat aduan dengan kaedah yang mudah ini. Sebarang aduan dan maklumat lanjut, anda boleh terus ke portal aduan KPDNHEP.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma