Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Contoh Jawapan Temuduga “Apakah Harapan Anda Jika Dapat Bekerja Dalam Kerajaan?”

Oleh Cikgu Shaari • January 17, 2023 • 2 min baca

Contoh Jawapan Temuduga “Apakah Harapan Anda Jika Dapat Bekerja Dalam Kerajaan?”
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

“Apakah harapan anda jika dapat bekerja dalam kerajaan?”. Jangan terkejut bila soalan ini ditanya dalam temuduga bagi jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)! Soalan ini ditanya biasanya kerana panel ingin melihat kesungguhan calon yang mahu bekerja dalam sektor kerajaan.

Panel tidak mahu lihat calon yang hanya bekerja untuk kepentingan sendiri sahaja. Mereka mahukan calon yang ada harapan untuk berkhidmat kepada kerajaan dan negara. Bagaimana nak jawab soalan ini nanti?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui jawapan yang bernas untuk anda jawab soalan temuduga mengenai harapan jika bekerja dalam kerajaan.

ISI PENTING

Antara isi penting yang perlu ada dalam jawapan anda sesuai untuk soalan ini adalah:

  • Nyatakan hasrat ingin berkhidmat untuk masyarakat, demi agama, bangsa dan negara
  • Nyatakan akan bekerja dalam satu pasukan yang kukuh (tanda anda boleh kerja berpasukan)
  • Nyatakan hasrat menaikkan nama jabatan supaya masyarakat beri kepercayaan kepada kerajaan
  • Akan berkongsi pengalaman dan kemahiran dalam pasukan

Baca juga: Apakah Sumbangan Yang Akan Anda Berikan Sekiranya Dipilih? Ini Jawapan Yang Bernas

CONTOH JAWAPAN YANG SESUAI

Berikut adalah contoh jawapan yang sesuai jika ditanya soalan tentang harapan sekiranya dapat bekerja dalam kerajaan:

Harapan saya adalah saya akan memasang iltizam saya untuk berkhidmat dalam kerajaan, berkhidmat untuk masyarakat, demi agama, bangsa dan negara.

Dan saya akan bekerja dalam satu pasukan yang kukuh serta percaya dengan adanya peraturan dan undang-undang ataupun prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan, saya akan menaikkan nama jabatan agar terus kukuh supaya masyarakat memberi kepercayaan yang penuh kepada kerajaan.

Saya akan kembangkan kemahiran, berkongsi ilmu yang saya ada pada masa yang sama saya juga akan menimba ilmu daripada jabatan ataupun daripada sahabat-sahabat saya dalam pasukan saya supaya perkhidmatan awam ini akan terus maju, memberi manfaat kepada masyarakat umumnya.

Baca juga: Ditanya Soalan Berkaitan Politik Ketika Temuduga, Ini Cara Jawab Serta Contoh Soalan

Ini adalah idea ringkas sahaja. Anda boleh huraikan  lagi pendapat ini sesuai dengan kemahiran dan pengalaman yang anda ada bagi mengukuhkan lagi jawapan dan memberi keyakinan yang maksimum kepada jabatan bahawa anda akan memberi sumbangan kepada kerajaan.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.