Hak Undang-undang Sebagai Pekerja Di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

Ketahui hak undang-undang anda sebagai pekerja di Malaysia! Sebagai pekerja, anda pun mempunyai hak untuk bertindak sekiranya majikan melakukan sesuatu yang tidak menepati undang-undang di Malaysia.

Malangnya ramai yang kurang ambil tahu mengenai undang-undang yang ada menyebabkan banyak majikan yang menindas pekerja.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui undang-undang dan hak sebagai pekerja di Malaysia yang ramai tak tahu.

HAK UNDANG-UNDANG PEKERJA DI MALAYSIA

  1. Pembayaran Gaji
    Pekerja harus dibayar gaji bulanan mereka tidak lewat daripada hari ketujuh selepas pembayaran gaji bulan lalu. Kadar gaji minima yang ditetatapkan di Wilayah Bandar-bandar Utama adalah RM1200.
  2. Waktu Bekerja
    Pekerja di Malaysia tidak digalakkan untuk bekerja lebih dari lapan jam sehari, 48 jam seminggu ataupun bekerja selama lima jam seturut-turut tanpa rehat.
  3. Kerja Lebih Masa
    Pekerja perlu dibayar tidak kurang daripada 1.5 kali ganda pada hari biasa, dua kali ganda pada haru cuti berehat dan tiga kali ganda pada hari cuti umum.
  4. Cuti Rehat
    Pekerja di Malaysia berhak mendapatkan satu hari berehat dalam seminggu dan mereka perlu dibayar pada waktu tersebut.
  5. Cuti tahunan
    Pekerja berhak mendapatkan cuti tahunan sebanyak 8 hari bagi yang bekerja kurang dari 2 tahun, 12 hari bagi yang bekerja lebih 2 tahun dan kurang daripada 5 tahun, dan 16 hari bagi yang bekerja lebih dari 5 tahun.
  6. Cuti Sakit
    pekerja yang bekerja kurang dari 2 tahun berhak mendapatkan cuti sakit 14 hari, 19 cuti sakit bagi yang bekerja lebih 2 tahun dan 22 hari bagi yang bekerja lebih dari 5 tahun.
  7. Cuti Umum
    Pekerja berhak dibayar jika bekerja pada cuti umum dan berhak meminta cuti ganti jika terpaksa bekerja pada hari itu
  8. Pekerja Wanita
    Pekerja wanita tidak boleh melakukan kerja-kerja perindustrian, pertanian, mahupun pekerjaan di bawah tanah antara jam 10 malam sehingga 5 pagi.
  9. Perlindungan Bersalin
    Pekerja wanita yang mengandung berhak mendapat cuti bersalin tidak kurang daripada 60 hari dan juga gaji bulanan
  10. Penamatan Kerja
    Tempoh notis penamatan kerja (jika tidak diberikan sebarang kontrak oleh syarikat) adalah selama 5 minggu jika bekerja kurang dari 2 tahun, 6 minggu jika bekerja lebih 2 tahun dan 8 minggu jika sudah bekerja 5 tahun lebih.
  11. Faedah Sampingan (Bonus)
    Pekerja layak mendapat bonus sebanyak 10 hari gaji setiap tahun jika sudah bekerja kurang dari 2 tahun, 15 hari gaji jika bekerja lebih dari 2 tahun dan 20 hari hari gaji jika bekerja lebih dari 5 tahun

Bila dah tahu, semoga anda dapat mempertahankan hak anda sebagai pekerja sekiranya majikan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang di Malaysia. Apa yang perlu anda lakukan adalah melaporkan kepada pejabat buruh berdekatan.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma