Permohonan Hadiah Kemasukan Ke IPT (HPIPT) 2022 Kini Dibuka, Terima RM1,000
Kerajaan Negeri Selangor menyediakan hadiah RM1,000 diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan yang mengikuti pengajian peringkat seperti ditetapkan.
Hadiah Kemasukan Ke IPT (HPIPPT) disediakan setiap tahun oleh kerajaan negeri bagi memberi galakan kepada rakyat Selangor meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan yang perlu dipenuhi dan cara membuat permohonan.
Isi Kandungan
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi bagi tahun 2022 dibuka pada:
- 1 Mac hingga 31 Mac 2022
PERINGKAT PENGAJIAN
Permohonan dibuka kepada pelajar yang menerima tawaran kemasukan ke IPT di peringkat pengajian:
- Sijil kemahiran tahap 4; atau
- Diploma; atau
- Ijazah sarjana muda
Siswa Baharu Anak Selangor yang berkelayakan akan terima bantuan secara one off sebanyak:
- Kadar bantuan: RM1,000
SYARAT KELAYAKAN
Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan adalah:
- Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja
- Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
i) Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
ii) Ibu atau bapa pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
iii) Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor dan ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun. - Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja*.
- Pemohon telah mendaftar diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
- Pemohon adalah pelajar tahun pertama sahaja.
- Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Pendapatan isi rumah Ibu, Bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah sahaja.
- Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL.
- Matrikulasi / Kolej Vokasional / IKBN / IKTBN / Kursus Persediaan / Tahun Asas / A-Level / ACCA / LCCI / Ijazah Lanjutan / Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI / KPLI)/ Pengajian Jarak Jauh (PJJ)/ Pengajian Luar Kampus (PLK) tidak layak memohon.
CARA MEMOHON
Permohonan hadiah pengajian IPT kini dibuka kepada pemohon yang layak sehingga 31 Mac 2022 secara atas talian dengan langkah berikut:
- Permohonan Hadiah engajian IPT (HPIPT) Kerajaan Negeri Selangor boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web Sistem Permohonan HPIPT (http://hpipt.selangor.gov.my)
- Pemohon boleh membaca Manual Panduan Permohonan (Online) sebagai rujukan.
- Pemohon dikehendaki membaca dan mematuhi syarat kelayakan permohonan sebelum membuat sebarang permohonan
- Pemohon diminta untuk melangkapkan permohonan di atas talian serta menghantar salinan asal Borang Pengesahan HPIPT yang telah disahkan oleh pihak IPTA/IPTS
- Salinan asal borang tersebut perlu dihantar kepada Urus Setia melalui serahan tangan atau pos SEBELUM TARIKH TUTUP di alamat berikut:
- Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam.
PEMBAYARAN HADIAH IPT
Pembayaran Hadiah Pengajian IPT adalah seperti berikut:
- Hanya permohonan yang MENEPATI SYARAT dan didapati LENGKAP sahaja yang layak dipertimbangkan untuk proses bayaran.
- Bayaran hadiah berjumlah RM1,000 akan dikreditkan ke dalam nombor akaun bank yang telah dinyatakan di dalam permohonan.
- Setiap pemohon hanya layak dibayar sekali sepanjang pengajian, sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja.
- Pemohon dikehendaki menyemak status pembayaran satu (1) bulan daripada tarikh hantar borang permohonan kepada pihak Urus Setia.
- Untuk semakan status pembayaran, sila layari laman web Sistem Permohonan HPIPT
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi Urus Setia Hadiah Pengajian IPT di alamat berikut:
- Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S
40503 Shah Alam. - No. Telefon : 03- 5544 7385 / 03-5521 2306
- No. Faks : 03-5510 4095 / 03-5511 0659