Cara Mohon Jadi Guru Sambilan Di Institut Kemahiran MARA (IKM) Terbuka Buat Graduan

Anda lepasan graduan berminat nak jadi guru? Institut Kemahiran MARA (IKM) Johor Bahru kini membuka tawaran kerja sebagai guru sambilan yang boleh dimohon dengan menghantar resume dan dokumen berkaitan ke alamat ditetapkan.

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bertaraf sambilan dan mengajar di IKM Johor Bahru. Inilah peluang untuk anda dapatkan pengalaman sebagai seorang guru!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Tempat bertugas: Institut Kemahiran MARA Johor Bahru
  • Nama Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41
  • Skim: Guru Pendidikan Islam (Lelaki)
  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Taraf Jawatan: Sambilan
  • Jadual Gaji: RM100 sehari
  • Tarikh tutup permohonan: 5 Disember 2021 (Ahad)

SYARAT LANTIKAN

Permohonan dibuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Atau Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Atau Ijazah Doktor Falsafah (Phd) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh hantar permohonan selewat-lewatnya 5 Disember 2021.

Permohonan mestilah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume yang mengandungi maklumat-maklumat berikut:

  • Nama jawatan yang dipohon
  • Butir-butir peribadi
  • No. telefon/ emel
  • Pengalaman kerja
  • Salinan Ijazah/ Diploma/ Sijil-sijil kelulusan (Salinan hendaklah disahkan benar)
  • Salinan sijil kelahiran
  • Lain-lain maklumat yang disyaratkan
  • Gambar bersaiz passport – 3 keping

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

  • PENGARAH
    INSTITUT KEMAHIRAN MARA JOHOR BAHRU
    JALAN TARUKA OFF JALAN DATIN HALIMAH
    KARUNG BERKUNCI 848
    80990 JOHOR BAHRU, JOHOR

Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Hanya pemohon yang melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma