Cara Mohon Jawatan Guru Ganti MySTEP KPM Dengan Minima STPM/ Diploma/ Ijazah
MySTEP merupakan penambahbaikan dari pelantikan Pekerja Sambilan Harian (PSH) sedia ada di mana Personel MySTEP akan menerima upah secara bulanan dan lain-lain kemudahan seperti cuti rehat dan sebagainya. Banyak manfaat menjadi Personel MySTEP buat calon yang layak.
Kementerian Pendidikan Malaysia kini membuka tawaran jawatan kosong sebagai Guru Ganti MySTEP buat warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berminat dengan bidang kerja yang ditawarkan. Tawaran dibuka bagi kemasukan Guru Ganti MySTEP di sekolah daerah Larut Matang Dan Selama, Perak. Bagi yang berminat
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut cara membuat permohonan Guru Ganti MySTEP menggunakan kelulusan STPM, Diploma & Ijazah.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Jawatan: Guru Ganti MySTEP
- Penempatan: Sekolah Rendah & Menengah Daerah Perak Tengah
- Kumpulan: Guru Ganti MySTEP
- Tempoh Bertugas: Tertakluk kepada kekosongan guru di sekolah
- Tarikh tutup: 28 Februari 2023
KADAR UPAH
Kadar upah akan ditentukan melalui hasil kerja yang dicapai oleh Guru Ganti MySTEP berpandukan kompleksiti tugas mengikut tahap kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah: RM2,000
- Diploma/ STPM/ STAM: RM1,800
Kadar bayaran upah adalah untuk tempoh perkhidmatan sebulan termasuk sumbangan KWSP, Socso dan lain-lain berkenaan.
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia
- Sihat tubuh badan
- Berumur 18 tahun ke atas
- Diploma/ STPM/ STAM ke atas
- Memiliki minat mengajar
- Perwatakan menarik, sopan serta bersemangat tinggi
- Sihat tubuh badan
BIDANG TUGAS
Guru Ganti MySTEP akan menjalankan tugas berikut:
- Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap
- Menjalankan tugas-tugas guru yang digantikan
- Terlibat dengan aktiviti kokurikulum
- Lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah dari masa ke semasa
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat dengan cara mengisi borang Permohonan Guru Ganti yang boleh didapati di kaunter Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah atau di bawah perkongsian ini.
Semua permohonan perlu disertakan dengan:
- sekeping gambar berukuran passport
- salinan Kad Pengenalan
- salinan kelayakan akademik yang disahkan
Hantarkan semula borang beserta dokumen dinyatakan ke Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah.
BORANG PEROHONAN GURU GANTI MYSTEP
Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga dari masa ke semasa.
Baca juga: Panduan Mohon Kerja Kerajaan MySTEP Melalui Email Beserta Contoh Email Lengkap