Tawaran Program Graduate Talent Programme Di Bursa Malaysia Terbuka Buat Graduan

Siapa cakap peluang kerja graduan adalah gelap kerana tiada pengalaman? Ramai yang tak tahu sebenarnya banyak syarikat terkemuka yang menawarkan Graduate Programme atau Program Latihan Kerja buat graduan yang tiada pengalaman kerja. Melalui program ini, graduan akan dilatih untuk bekerja di industri sebagai persediaan ke alam kerja sebenar setelah tamat latihan.

Program ini akan mendedahkan peserta dengan pelbagai kemahiran berguna yang pasti dapat meningkatkan kebolehpasaran kerja pada masa akan datang. Peserta yang berkelayakan juga berpeluang untuk bekerja secara tetap di syarikat berkaitan jika menunjukkan prestasi yang baik.

BURSA MALAYSIA kini membuka tawaran Graduate Talent Programme kepada graduan yang berminat.

Semak: Senarai Program Latihan Kerja Di Syarikat Terkemuka Khas Untuk Graduan Tanpa Pengalaman 

SYARAT KELAYAKAN

Hanya graduan yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau minimum CGPA 3.50
  • Lepasan Ijazah Sarjana dan PhD juga dipelawa untuk mohon
  • Aktif dalam penglibatan aktiviti ekstrakurikular
  • Memiliki semangat berpasukan
  • Seorang yang bermotivasi diri tinggi dan berminat untuk belajar

STRUKTUR PROGRAM

Program akan dilaksanakan mengikut struktur berikut:

  • Pengajaran secara on-the-job (latihan sambil kerja)
  • Penglibatan komuniti
  • Peluang rangkaian
  • Program pembangunan kerjaya yang bermanfaat

CARA MOHON

Graduan yang berminat untuk mohon menyertai program yang ditawarkan di BURSA MALAYSIA boleh buat permohonan selewat-lewatnya 6 September 2021 melalui email. Permohonan boleh dibuat dengan menghantar dokumen berikut:

  • Cover letter
  • Curriculum Vitae
  • Salinan transkrip pengajian terkini

Hantar permohonan ke alamat email berikut:

  • juniortalent@bursamalaysia.com

**TAJUK EMAIL: GRADUATE TALENT PROGRAMME

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma