Program Graduan Kijang BNM: Tawaran Latihan Kerja Di Bank Negara Malaysia Terbuka Buat Graduan
Bank Negara Malaysia (BNM) mempelawa graduan warganegara Malaysia yang berminat untuk ikuti Program Graduan Kijang yang akan memberi pengalaman latihan kerja yang holistik tentang tugasan di perbankan pusat untuk tempoh 18 bulan.
Program Graduan Kijang memberikan pendedahan yang unik kepada peranan Bank Negara Malaysia yang pelbagai dalam membangunkan negara. BNM menawarkan dua aliran di bawah program ini, iaitu aliran Graduan Penganalisis dan Graduan Penganalisis Digital.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan cara buat permohonan mengikuti Program Graduan Kijang BNM.
Isi Kandungan
2 ALIRAN PROGRAM
Terdapat dua aliran di bawah program ini, iaitu:
Graduan Penganalisis
Aliran Graduan Penganalisis memberikan anda pengalaman yang holistik tentang tugasan di perbankan pusat. Anda akan ditugaskan mengikut giliran di ketiga-tiga sektor di Bank Negara Malaysia selama 18 bulan. Pengalaman ini membolehkan anda mengenal pasti pelbagai bidang kerjaya yang sesuai dengan diri anda:
- Kestabilan monetari
- Kestabilan Kewangan
- Pengurusan Korporat
Graduan Penganalisis Digital
Aliran Graduan Penganalisis Digital memberikan pendedahan kerja yang lebih tertumpu pada infrastruktur teknologi bank pusat dan daya tahan IT dalam sektor kewangan. Anda akan diberikan giliran tugas dalam tiga pasukan Digital Bank untuk tempoh 18 bulan. Langkah ini membolehkan anda meraih pengalaman yang mendalam dalam tugasan strategi dan operasi digital risiko IT serta penyeliaan dan tugasan sains data.
- Pasukan Digital dan Teknologi
INISIATIF PROGRAM
BNM akan menyokong perkembangan anda di kedua-dua aliran melalui pelbagai inisiatif termasuk:
- Program Onboarding (Suai Tugas)
Program Graduan Kijang akan bermula dengan sesi onboarding selama dua minggu yang akan memberikan tumpuan pada organisasi, fungsi-fungsi utama serta budaya dan nilai Bank. - Program Mentor
Setiap Graduan Penganalisis akan diletakkan di bawah bimbingan seorang mentor yang akan membantu anda untuk terus maju dalam mencapai matlamat kerjaya anda. - Sesi-sesi Networking
Anda akan berpeluang untuk bertemu dan membina hubungan dengan Graduan Penganalisis lain dan kakitangan Bank melalui perjumpaan networking tak formal (secara maya atau bersemuka).
Pada akhir program ini, peserta program yang berjaya akan ditawarkan peluang pekerjaan tetap di Bank.
SYARAT KELAYAKAN
Semua calon mesti memenuhi syarat kemasukan yang berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Sedang belajar atau memiliki kelayakan akademik yang berikut:
– Dijangka mencapai atau telah mencapai, ijazah kelas kedua atas (2:1), atau CGPA 3.5/4, atau WAM 75% dalam ijazah sarjana muda atau sarjana dalam mana-mana disiplin daripada institusi akademik terkemuka;
ATAU
– Dijangka mencapai, atau telah mencapai, skor purata sebanyak 65 dalam semua kertas peperiksaan, dengan ulangan peperiksaan yang minimum dalam kelayakan perakaunan profesional daripada institusi akademik terkemuka; - Akan menerima ijazah atau telah menerima ijazah sebelum 1 September 2021; dan
- Mempunyai kurang daripada setahun pengalaman bekerja sepenuh masa selepas tamat pengajian.
CARA MOHON
Calon yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mohon program yang ditawarkan boleh buat permohonan selewat-lewatnya 29 Julai 2022 untuk pengambilan September 2022. Permohonan boleh dibuat di laman web berikut:
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Pusat Perhubungan BNM TELELINK di talian 1-300-8805465 atau email ke alamat bnmtelelink@bnm.gov.my.