Gaji RM6,000 Di Kuala Lumpur & Putrajaya Dikira Kategori B40

Berikutan dengan penetapan PGK yang baru, Jabatan Perangkaan Negara (DOSM) telah melaporkan rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,849 sebulan pada tahun 2019 digolongkan sebagai golongan B40.

Namun lain pula jika ikutkan pengkelasan pendapatan isi rumah bulanan mengikut negeri. Gaji RM6,000 di Kuala Lumpur dan Putrajaya dianggap B40, biar betul?  Berapa pula gaji untuk M40 dan T20?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui pengkelasan gaji mengikut negeri.

KAEDAH MENGKLASIFIKASI GAJI

Ada dua kaedah yang digunakan untuk mengklasifikasikan gaji iaitu dengan menggunakan median iaitu penengah di antara nombor terkecil dan nombor terbesar dalam satu siri nombor.

Kaedah kedua adalah menggunakan purata, iaitu mencampurkan semua nombor di dalam satu siri dan membahagikannya dengan bilangan yang ada.

Gaji RM6,000 Di Kuala Lumpur & Putrajaya Dalam Kategori B40

Dengan menjadikan pendapatan seluruh seluruh Malaysia sebagai benchmark, golongan B40 di negeri Kelantan, Sabah, Sarawak, Perak, Perlis, Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang berada di bawah paras penengah atau media ini.

Manakala di hujung lagi satu, mereka dengan gaji RM20,000 dan ke atas barulah tergolong dalam T20 bagi mereka yang berada di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Gaji RM6,000 Di Kuala Lumpur & Putrajaya Dalam Kategori B40

Apa yang lebih mengejutkan adalah individu yang bergaji bawah RM6000 di Putrajaya dan Kuala Lumpur tergolong dalam golongan B40.

Manakala di hujung lagi satu, mereka yang tergolong di dalam T20 di Kelantan, hanyalah sekadar golongan M40 di Selangor. Malah golongan T20 di Kelantan hanyalah tergolong di dalam M40 sahaja di Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma