Mohon Geran Usahawan Perak (GeRUP), Terima Bantuan RM3,000 Secara One-off
Geran Usahawan Perak (GeRUP) merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk membantu PKS Bumiputera di Negeri Perak memulakan semula perniagaan masing-masing selepas mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19
Permohonan kini dibuka sehingga 31 Julai 2020. Bayaran geran sebanyak RM3,000 akan dikreditkan terus ke akaun bank pemohon yang layak. Pembayaran dijangka akan dibuat bermula 1 September 2020.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan yang ditetapkan dan cara membuat permohonan geran.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah:
- Warganegara Malaysia
- Sekurang-kurangnya 60% ekuiti syarikat dimiliki Bumiputera
- Perniagaan beroperasi di Negeri Perak
- Memenuhi definasi PKS Mikro iaitu jumlah nilai jualan tidak melebihi RM300,000 setahun atau pekerja kurang daripada 5 orang;
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah beroperasi sebelum 1 Januari 2020
- Keutamaan diberikan kepada PKS yang tidak menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan
- Berdaftar atau diperakui atau disokong oleh mana-mana Agensi/ Jabatan (24 agensi pembimbing)
- Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
CARA MEMOHON
Usahawan PKS yang memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan secara atas talian sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 31 Julai 2020 dengan melayari pautan berikut:
Pemohon perlu Daftar Akaun terlebih dahulu untuk memulakan permohonan.
Permohonan berjaya dihantar apabila satu “pop-up” memaparkan “Maklumat Berjaya Disimpan” setelah pemohon menekan butang “Hantar” permohonan.
Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel yang telah didaftarkan dan juga melalui SMS selepas bulan September 2020. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklumbalas selepas 3 bulan, permohonan dianggap tidak berjaya.
Bagi PKS yang mempunyai kesukaran untuk membuat permohonan secara dalam talian, dinasihatkan untuk berjumpa dengan Agensi Pembimbing PKS Negeri Perak untuk membuat permohonan.
SENARAI AGENSI PEMBIMBING PKS NEGERI PERAK
Permohonan harus diperakui oleh Agensi pembimbing di Negeri Perak di mana pemohon pernah memohon bantuan/ khidmat nasihat. Berikut adalah senarai Agensi Pembimbing PKS Negeri Perak:-
- Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak
- SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia)
- Jabatan Pertanian Negeri Perak
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
- Yayasan Perak
- Perbadananan Kemajuan Negeri Perak (PKNP)
- Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- TEKUN Nasional (TEKUN)
- Tourism Malaysia Negeri Perak
- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
- Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak (Veterinar)
- Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak Berhad (Kraftangan)
- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
- FELCRA Berhad
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
- Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
- Jabatan Belia dan Sukan (JBS)
- Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM)
- Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP)
- Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
- Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
Baca juga: Senarai Pinjaman Perniagaan 2020 Untuk Usahawan Baru & Lama