Tawaran Geran Kandungan Digital Sehingga RM50,000 Kepada Pencipta Kandungan Digital

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM), menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital Malaysia, telah membuka permohonan baharu untuk Geran Kandungan Digital di bawah Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia 2022 (Geran Kandungan Digital 2022) bermula pada 14 Jun 2022.

Geran Kandungan Digital yang diperkenalkan sejak tahun 2021 ini bertujuan untuk membantu dan menggalakkan kesinambungan serta kemampanan pengamal industri kreatif negara selaras dengan norma baharu berikutan pandemik Covid-19.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembiayaan yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

GERAN KANDUNGAN DIGITAL

KKMM melihat Geran Kandungan Digital 2022 ini sangat penting dalam membantu pencipta kandungan digital merealisasikan idea mereka ke dalam bentuk produk sedia untuk dipasarkan. Pencipta kandungan digital memiliki pelbagai idea menarik tetapi mereka sukar memulai dan mendapatkan dana.

Justeru KKMM yakin melalui Geran Kandungan Digital ini, MDEC bukan sahaja menyediakan akses kepada pembiayaan malah membantu mereka dalam penghasilan kandungan digital yang boleh dipasarkan kerana idea mereka akan dinilai oleh panel yang terdiri daripada pakar industri.

KADAR PEMBIAYAAN

Geran Kandungan Digital 2022 menawarkan pembiayaan sebanyak:

  • Sehingga RM50,000

PENCIPTA KANDUNGAN DIGITAL YANG LAYAK

Tawaran pembiayaan ini adalah kepada syarikat, perusahaan dan syarikat milikan tunggal atau perkongsian liabiliti terhad (LLP) untuk membangunkan kandungan baharu atau sedia ada di pasaran dalam bentuk:

  • animasi,
  • komik digital,
  • media interaktif dan
  • permainan digital

Pemohon terpilih akan dijemput ke sesi pembentangan yang dijadualkan pada Ogos 2022, sebelum kelulusan diumumkan menjelang September 2022. Selepas mendapat kelulusan, penerima geran akan diberi tempoh selama 6 bulan bagi menyiapkan kandungan digital mereka, merangkumi sama ada Filem Animasi Pendek, Episod Pilot, Treler Pendek, kandungan untuk Pengumuman Pesanan Khidmat Awam, Permainan Digital/ Media Interaktif Lengkap (Demo atau Prototaip) atau Komik Digital/ Komik bergerak Lengkap.

CARA MOHON

Pendaftaran untuk Geran Kandungan Digital 2022 kini dibuka sehingga 29 Julai 2022 dan mereka yang berminat boleh melayari:

Tahun lalu, menerusi Geran Kandungan Digital 2021, MDEC telah menerima 111 permohonan. Sejumlah RM1.9 juta geran telah diluluskan yang memberi manfaat kepada 39 pemohon.

Geran Kandungan Digital 2022 merupakan sebahagian daripada siri inisiatif pembiayaan yang direka untuk industri kandungan kreatif untuk tahun 2022. Industri kandungan kreatif digital merupakan antara industri yang pantas berkembang dan salah satu industri tumpuan di bawah Malaysia Digital.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma