Beza Gaji Asas, Gaji Kasar & Gaji Bersih: Ramai Masih Keliru Tentang Gaji Sebenar Masuk Bank •Contoh Offer Letter Kerja Malaysia 2026: Format Lengkap, Maklumat Wajib & Panduan Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Buat Ayat Permohonan Kerja Part-Time Yang Profesional (WhatsApp, Emel & Surat Rasmi) •Analisis Lengkap: Masa Depan Kerjaya Lulusan Master & PhD Di Malaysia Tahun 2026 •Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Perlis 2026: Syarat, Kelayakan & Cara Mohon • Beza Gaji Asas, Gaji Kasar & Gaji Bersih: Ramai Masih Keliru Tentang Gaji Sebenar Masuk Bank •Contoh Offer Letter Kerja Malaysia 2026: Format Lengkap, Maklumat Wajib & Panduan Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Buat Ayat Permohonan Kerja Part-Time Yang Profesional (WhatsApp, Emel & Surat Rasmi) •Analisis Lengkap: Masa Depan Kerjaya Lulusan Master & PhD Di Malaysia Tahun 2026 •Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Perlis 2026: Syarat, Kelayakan & Cara Mohon •

Tawaran Biasiswa MAIWP Untuk Lepasan SPM/STPM/ Diploma. Bantuan Bulanan RM500

Oleh Cikgu Shaari • June 15, 2022 • 2 min baca

Tawaran Biasiswa MAIWP Untuk Lepasan SPM/STPM/ Diploma. Bantuan Bulanan RM500
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS dengan tajaan bantuan pendidikan dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menawarkan biasiswa kepada pelajar dari golongan B40, asnaf, mualaf dan fakir miskin seluruh Malaysia yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Calon hanya perlu memenuhi kelayakan minimum kursus pengajian diploma atau ijazah yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran biasiswa MAIWP yang ditawarkan.

TAJAAN BIASISWA MAIWP

Calon yang layak akan menerima:

  • Tajaan penuh yuran pengajian 100%
  • Wang saku bulanan RM300 hingga RM500 sepanjang tempoh pengajian
  • Hostel dan pengangkutan disediakan PERCUMA sepanjang tempoh pengajian diploma atau ijazah
  • Tawaran biasiswa sehingga RM100,000 untuk setiap pelajar

BIDANG PENGAJIAN

Berikut adalah senarai bidang pengajian Diploma/ Ijazah yang ditawarkan:

  • Sains Kesihatan
  • Sains Sosial dan Asasi
  • Sains Kejururawatan
  • Farmasi
  • Pengurusan Perniagaan

KELAYAKAN MEMOHON

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Warganegr Malaysia
  • Lepasan SPM/STPM/Diploma setaraf
  • Berasal dari golongan B40, asnaf, mualaf dan fakir miskin
  • Memperolehi minimum 5 kredit (untuk permohonan program sains) atau 3 kredit (program pengurusan perniagaan) dalam keputusan SPM dan memenuhi syarat asas kemasukan kursus pilihan atau kelayakan akademik yang lain.

CARA MEMOHON

Individu yang berminat dengan biaisiswa dan program yang ditawarkan boleh buat permohonan secara atas talian melalui pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian 0111002491 atau hantarkan emel ke alamat learnandearn.my@gmail.com.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.