Permohonan Geran Bantuan Pelajar Ke IPT Kini Dibuka, Terima Bantuan RM1,000 Untuk Sambung Belajar
Geran Bantuan Pelajar Ke IPT mula diperkenalkan pada tahun 2000. Skim ini dikhaskan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi dan bayaran dibuat secara one-off.
Mulai Januari 2014 pemberian Geran telah diperluaskan dengan Geran 1.0, Geran 2.0 & Geran 3.0 sehingga ke peringkat Sarjana / PhD Bagi kategori permohonan Geran 3.0, kadar pemberian bantuan adalah sebanyak RM1,000. Pada tahun 2019, pemberian geran sedia ada telah dijenama semula dan diberi sentuhan penambahbaikan melalui Geran Pra Siswazah dan Geran Pasca Siswazah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Geran Bantuan Pelajar Ke IPT dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
GERAN BANTUAN PELAJAR KE IPT
Mulai Januari 2014 pemberian Geran telah diperluaskan dengan Geran 1.0, Geran 2.0 & Geran 3.0 sehingga ke peringkat Sarjana / PhD Bagi kategori permohonan Geran 3.0, kadar pemberian bantuan adalah sebanyak RM1,000. Pada tahun 2019, pemberian geran sedia ada telah dijenama semula dan diberi sentuhan penambahbaikan melalui Geran Pra Siswazah dan Geran Pasca Siswazah.
Pemberian masih dikekalkan, iaitu tawaran bagi peringkat pengajian berikut:
- Sijil
- STPM
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
- Ijazah Sarjana (Master)
- Kedoktoran (PhD)
Kadar bantuan melalui Geran Bantuan Pelajar Ke IPT akan diberikan seperti berikut:
- Peringkat sijil hingga ijazah sarjana muda (Geran Pra Siswazah)
Kadar bantuan: RM500 - Peringkat Sarjana & Kedoktoran (Geran Pasca Siswazah)
Kadar bantuan: RM1,000
Penerima hanya boleh memohon sekali sahaja bagi setiap kategori. Jika pelajar telah menerima geran IPT semasa Asasi/ Matrikulasi/ TAMHIDI/ Pra/ Diploma adalah tidak layak untuk memohon geran Pra Siswazah (Ijazah sarjana muda).
Pemberian Geran Bantuan Pelajar ke IPT merupakan inisiatif dan rasa terima kasih Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) kepada anak-anak Pahang yang Berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari.
TEMPOH PERMOHONAN GERAN BANTUAN PELAJAR KE IPT
Permohonan Geran Bantuan Pelajar Ke IPT mestilah dikemukakan oleh pelajar seperti berikut:
- Mohon dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke IPT dengan melengkapkan borang yang disediakan serta melampirkan salinan dokumen yang telah disahkan benar
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran bantuan adalah terbuka kepada individu yang berkelayakan seperti berikut:
- Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:
i) Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ; atau
ii) Sekiranya pemohon dan Ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang, maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh YP.
iii) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON. - Pemohon mestilah beralamat surat menyurat di Negeri Pahang Darul Makmur
- Pemohon mestilah terdiri daripada pemegang SPM/ STPM/ STAM
CARA MOHON
Sekiranya anda dapat tawaran kemasukan ke IPT seperti dinyatakan di bawah dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan dalam tempoh ditetapkan dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian di laman web YP di pautan berikut:
Ikut langkah demi langkah dan muat naik semua dokumen seperti yang diminta. Setelah permohonan lengkap, pastikan anda hantar permohonan. Bagi yang berjaya, bayaran akan terus dibuat ke akaun anda.
SENARAI IPTA/IPTS YANG LAYAK
Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta yang diluluskan oleh YP adalah seperti di bawah:
IPTA Peringkat Asasi/ Pra Diploma/ Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
IPTS Bagi Asasi/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Universiti Tun Abdul Razak (UNIRazak)
- Universiti Multimedia (MMU)
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)
- Universiti Industri Selangor (UNISEL)
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
- Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Lain-Lain Institusi Pengajian Tinggi
- Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Kolej Universiti Yayasan Pahang dan Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills bagi peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
- Pra Diploma/Diploma/Ijazah Sarjana Muda Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda Pahang Skills. - Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) bagi peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
- Persijilan Profesional/Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
- Kolej-kolej Swasta yang berdaftar dan diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan menjalankan program-program Diploma & Ijazah Sarjana Muda secara francais/usahasama/kawalselia/berkembar dengan universiti-universiti awam tempatan sahaja.
- Program persediaan ke luar negara tajaan agensi Kerajaan contoh seperti JPA, MARA, FELDA, PETRONAS.
- Sijil di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
- Kolej Tuanku Abdul Rahman bagi peringkat Diploma sahaja.
- Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bagi peringkat Diploma.
- DRB-HICOM University of Automotive Malaysia (DHUAM) bagi peringkat Diploma.
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) bagi peringkat Sijil dan Diploma sahaja.
Semak senarai penuh institusi pengajian yang diluluskan dan maklumat lanjut berkenaan Geran Bantuan ke IPT di laman web https://www.yp.org.my/.