Bantuan Khas RM3,000 Kepada Agensi Pelancongan & RM600 Kepada Pengusaha Homestay

Industri pelancongan merupakan antara sektor yang terjejas teruk akibat penularan wabak Covid-19. Bagi mengurangkan beban dan menyokong pemulihan sektor ini, kerajaan dalam pakej PEMERKASA telah memperkenalkan pelbagai inisiatif dan kemudahan dalam pelbagai bentuk.

Antara bantuan yang  akan diberi bagi merangsang semula sektor pelancongan adalah bantuan kewangan RM3,000 kepada agensi pelancongan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai inisiatif  kerajaan bagi merangsang semula sektor pelancongan dan peruncitan.

INISIATIF SEKTOR PELANCONGAN & PERUNCITAN

Bagi mengurangkan beban dan menyokong pemulihan sektor ini, kerajaan akan:

  • Melanjutkan pengecualian dan cukai perkhidmatan ke atas penginapan yang disediakan oleh pengendali hotel sehingga 31 Disember 2021
  • Melanjutkan galakan cukai kepada syarikat pengendali pelancongan sehingga tahun taksiran 2022
  • Membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan mulai 1 April hingga 31 Disember 2021 diberikan kepada syarikat industri pelancongan dan industri terpilih seperti panggung wayang dan spa
  • Memberi pengecualian duti hiburan ke atas bayaran kemasukan ke tempat hiburan seperti taman teman, persembahan pentas, acara sukan dan pertandingan serta tayangan filem pawagam di semua Wilayah Persekutuan
  • Memperluas skop pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1000 untuk meliputi perbelanjaan pembelian pakej pelancongan melalui ejen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC
  • Memberi pengecualian levi HRDF bagi syarikat sektor pelancongan dan peruncitan yang terjejas untuk tempoh sehingga Jun 2021

GERAN BANTUAN KHAS AGENSI PELANCONGAN

Selain itu, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Geran Bantuan Khas secara one-off sebanyak:

  • RM3,000

Bantuan diberikan kepada 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.

BANTUAN TUNAI PENGUSAHA HOMESTAY

Kerajaan juga bersetuju untuk menyediakan bantuan tunai secara one-off sebanyak:

  • RM600

Kepada pengusaha homestay yang berdaftar dengan MOTAC. Bantuan ini dijangkakan dapat memanfaatkan lebih 4,000 tuan rumah atau pengusaha Program Pengalaman Homestay.

Menurut Perdana Menteri dalam pengumuman pakej PEMERKASA,

“Saya percaya, sedikit masa lagi apabila sudah ramai antara kita telah mengambil vaksin, Kerajaan sedia untuk membenarkan pergerakan rentas negeri secara berperingkat, malah mewujudkan special green lane bagi perjalanan sempadan yang melibatkan pengangkutan udara. Berikan sedikit masa dan ruang untuk pihak Kerajaan meneliti segala risiko sebelum sesuatu keputusan diambil”

Untuk membantu aliran tunai dan mengurangkan kos perniagaan pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat membeli belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan dan agensi pengembaraan dan pelancongan, pemberian diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus akan dilanjutkan selama 3 bulan lagi sehingga 30 Jun 2021. Dengan pemanjangan tempoh diskaun ini, Kerajaan akan menanggung jumlah kos sebanyak 135 juta ringgit.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma