Nak Hadir Temuduga, Ini Gaya Tudung Yang Sesuai & Tidak Sesuai Buat Calon Wanita
Jika nak diikutkan sekarang ini pelbagai gaya tudung yang menjadi kegilaan dan pilihan wanita di Malaysia untuk kelihatan bergaya. Tetapi anda kena tahu, calon wanita tidak semestinya ikut trend gaya tudung terkini untuk hadir ke temuduga!
Gaya tudung ketika temuduga pun diambil kira. Anda hadir ke temuduga bukan untuk fashion show tetapi untuk mendapatkan pekerjaan. Jangan hanya tersilap langkah di bahagian tudung anda terus tidak diambil kerja.
Baca juga: Tips Pemilihan Warna Pakaian Yang Sesuai Untuk Calon Wanita Hadir Temuduga
Ketahui gaya tudung yang sesuai dan tidak sesuai digayakan semasa hadir temuduga di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
GAYA TUDUNG YANG TIDAK SESUAI
Berikut adalah gaya tudung yang tidak sesuai dikenakan semasa hadir temuduga.
Jangan Gayakan Dengan Aksesori
Jangan sesekali gayakan tudung dengan aksesori semasa hadir temuduga. Anda akan kelihatan berlebihan.
Terlalu Bergaya
Jangan terlalu bergaya untuk hadir ke temuduga. Memang cantik gaya tudung itu, tetapi tidak sesuai untuk hadir ke temuduga yang formal.
Terlalu Singkat
Gaya ini pun cantik dan trendy kan! Tapi calon wanita kena ingat, gaya seperti ini hanya sesuai untuk pakai di luar sahaja. Jangan dibawa ke temuduga kerana kelihatan kurang sopan.
GAYA TUDUNG YANG SESUAI UNTUK HADIR TEMUDUGA
Jika semua gaya di atas tidak sesuai dikenakan untuk hadir ke temuduga, gaya mana pula yang sesuai? Jika nak tahu, lihat di bawah!
Berikut adalah gaya-gaya yang dicadangkan dan sesuai untuk dipakai semasa hadir temuduga:
Nampak simple, anggun dan bergaya kan? Walaupun dengan gaya yang mudah, anda tetap boleh kelihatan cantik tau! Apa yang perlu dijaga semasa hadir temuduga adalah keterampilan dan kekemasan diri. Jangan pakai sesuka hati. Nak pilih baju kurung pun ada caranya! Baca SINI untuk ketahui ciri-ciri baju kurung yang sesuai untuk hadir temuduga.
Baca juga: Tips Pemakaian Yang Sesuai Untuk Menghadiri Temuduga