Permohonan Gantian Kad Pengenalan Siap 30 Minit Di Pejabat JPN Terpilih Setiap Negeri Ini

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui laman Facebook telah memaklumkan permohonan gantian myKad yang tidak bermasalah boleh diproses dalam siap dalam tempoh 30 minit sahaja di pejabat-pejabat terpilih di seluruh negara.

Mudahlah urusan orang ramai selepas ini! Anda dah boleh semak senarai pejabat JPN terpilih tersebut untuk berurusan gantian MyKad. Namun, orang ramai diminta untuk buat janji temu online terlebih dahulu sebelum hadir ke pejabat JPN.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan gantian myKad.

PERMOHONAN MYKAD SIAP 30 MINIT

Permohonan gantian MyKad tidak bermasalah boleh diproses dalam tempoh 30 minit sahaja di pejabat-pejabat yang disenaraikan di bawah:

Permohonan Gantian Kad Pengenalan Siap 30 Minit Di Pejabat JPN Terpilih Setiap Negeri Ini

Baca juga: Cara Buat Permohonan Kad Pengenalan 12 Tahun JPN Secara Atas Talian

PERMOHONAN GANTIAN MYKAD BERMASALAH SIAP 3 BULAN

Bagi permohonan gantian bermasalah perlu tempoh 3 bulan untuk siap seperti:

  • Cap jari rosak
  • Kehilangan kali ketiga

Baca: Kadar Bayaran Dikenakan Jika Hilang MyKad

JANJI TEMU ONLINE JPN

Permohonan janji temu boleh dibuat secara online bagi urusan di semua pejabat JPN seluruh Malaysia termasuk cawangan UTC. Anda perlu buat permohonan janji temu selewat-lewatnya satu hari sebelum tarikh janji temu dan tertakluk kepada kekosongan.

Janji Temu JPN melalui MyJanjiTemu boleh dibuat di sini:

MYJANJITEMU JPN

Baca juga: Permohonan Gantian Kad Pengenalan Melalui Panggilan Telefon. Call Sahaja, Tak Perlu Isi Borang

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke laman Facebook Jabatan Pendaftaran Negara atau hubungi cawangan negeri masing-masing.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma